Quantcast
Channel: Travelog | Denaihati
Viewing all 117 articles
Browse latest View live

Makan durian musang king pun kena tipu

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Kopi yang boleh hilangkan letih dan mengatuk segera“. Kali ni Abang nak kongsi cerita tragedi durian musang king, mesti ramai sukakan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Baru-baru ini selepas meraikan majlis walimatul urus anak sahabat di Teras Jenang kami gerak ke Restoran Patin Temerloh  Bandar Baru Bangi, bukanlah tak cukup makan tapi nak tapau untuk makan malam. Dah terlanjur ke Bangi ambil peluang sebab Abang memang suka dengan masakan Pati Tempoyak di sini.

Madam sudah sebut banyak kali teringin nak makan durian dan sudah banyak kali diulang-ulang permintaan. Terbayang durian warna kuning dengan biji kesep, memang terliur. Lebih tiga bulam juga kami tidak menjamah durian sebab bukan musimnya.

Keluar daripada kawasan Restoran Patin Temerloh ternampak ada beberapa gerai menjual durian di tepi jalan, kami pun berhenti dengan harapan setinggi gunung. Kawasan ini memang terkenal tempat menjual durian di Bandar Baru Bangi. Tertulis besar di papan tanda, durian kampung dan durian D88. Toke yang menjual, gaya bahasa seperti orang seberang tunjuk durian musang king dan durian udang merah.

Memang menjadi kebiasaan kami makan durian di gerai durian tak bawa balik ke rumah. Bukan apa kalau tak elok boleh lansung tukar.  Sudah banyak kali kejadian bila bawa balik rumah, duriannya sangat mengecewakan terutama digerai-gerai yang tidak biasa beli.

Abang minta dia bukakan durian musang king, apabila dibelah nampak lain macam, warna berbeza dan ulas durian lain sangat. Abang beritahu dia, saya biasa makan durian musang king, terus je dia kata ini musang king grade B.


Bila madam pegang je ulas durian, benyek macam kualiti sudah dua tiga hari. Abang malas nak komplen terus minta dia bukakan durian udang merah. Tengok warna pun tak menyakinkan dengan nama. Tapi terfikir madam nak makan, ok kan jugalah.

Bila buka durian udang merah, kualiti lagi teruk. Toke yakinkan ini durian baru. Abang tak mahu bertegang leher, tanya berapa harga dia kata RM35 sekilo. Mahal sangat berbanding dengan kualiti. Abang bayar, selamba sahaja toke tu ambik, dan kami berlalu dari situ tanpa menghabiskan durian-durian yang telah dibuka. Dalam kereta Abang cakap pada madam kalau toke ini betul-betul bagus  pasti  dia tidak ambik duit yang kita bayar atau pun berusaha tukar dengan durian yang berkualiti.

Teringat tahun lepas Abang dan tetamu dari Indonesia singgah Gerai Durian SS2, toke tu tak nak jual pada Abang sebab kualiti tak bagus. Dia tahu Abang mengunjung tetap jadi dia tidak mahu kami kecewa dengan kualiti dan tak datang lagi. Gerai Durian SS2 punyalah ramai pelanggan sampai tak cukup meja tapi tempat yang Abang singgah di Bangi sunyi sepi. Bezakan!

Kami memang pengemar durian Malaysia terutama Durian Musang King, Durian Tracka, Durian Black Thorn dan Durian Hor Lor sehingga sanggup bayar mahal janji kualiti bagus, bukan nak makan banyak pun dapat dua tiga ulas dah cukup. Punyalah  selalu makan bolehlah kenal jenis-jenis durian dan beza rasa setiap durian.

Jadi penjual durian tidak bolehlah nak menipu pelanggan yang semakin bijak memilih.

Abang Denaihati
Penulis Blog

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Denaihati kembara ke Krabi Thailand

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri kembara sebelum ini “kembara Afika Selatan“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kembara ke Krabi Thailand.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Bulan Mei setiap tahun sejak 2012 Abang sering mengembara keluar negara untuk melihat keindahan alam ciptaan ALLAH, boleh baca di Kembara Denaihati. Tahun ini rakan kembara tidak dapat bersama kerana simpan cuti untuk menjadi tetamu ALLAH, mengerjakan ibadah haji bersama isteri. Kebetulan anak yang belajar di Madrasah An Nur sedang bercuti panjang jadi Abang ambil keputusan mengembara bersama isteri dan anak tahun ini. Destinasi kali adalah kembara ke Krabi Thailand dekat tapi belum pernah dijejaki.

Abang buat persiapan pembelian tiket pesawat dan tempahan bilik hotel di saat terakhir kerana kebetulan sehari sebelum terbang ada tetamu dari Indonesia datang ziarah. Terbang dengan Airasia sebab lambat buat tempahan dapat harga agak mahal RM800 pergi balik. Menggunakan Agoda tempah bilik di hotel Pelican Residence & Suite di pantai Klong Muang sebelum terbang ke Krabi, memilih sedikit jenis bilik sebab kami pergi bertiga. Harga tertera dalam website Agoda USD1038 tapi sebab ahli dapat harga istimewa USD138, ada kolam renang peribadi. Kalau kawan nak booking hotel murah macam Abang sila klik sini Hotel Agoda.

Abang memang tak boleh nak bayangkan Krabi ini macam mana sebab tak sempat nak buat kajian. Sementara menunggu terbang baca beberapa blog review tentang Krabi. Menurut review ini majoriti pelancong yang datang ke Krabi akan menetap di Pantai Ao Nang.

Alhamdulillah penerbang ikut jadual dan proses imigresen pun tiada masalah. Perkara pertama yang Abang buat tanya pada kaunter pelancongan berapa jauh Pantai Klong Muang dari airport, berapa jauh dari bandar dan bagaimana nak dapatkan makanan halal di Krabi. Setelah mendapat semua informasi, Abang ambil keputusan untuk menyewa kereta. Abang sewa kereta Toyota Altis dari syarikat sewa Sixt pada  kadar RM110 sehari. Dokumen yang perlu untuk menyewa hanya pasport dan lesen memandu. Oleh kerana Thailand negara Asean jadi tidak perlukan lesen memandu antarabangsa seperti pengalaman memandu di Eropah.

Suasana kiri kanan memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi ke Pantai Klong Muang hampir sama seperti memandu di Malaysia cuma bahasa di papan tanda sahaja berbeza. Jaraknya lebih kurang 30 KM. Waze bantu menunjuk arah sehingga sampai ke hotel.

Sesampai di Hotel Pelican kami disambut dengan ramah. Salah seorang krew wanita, Diana begitu teruja apabila berjumpa isteri rupanya dia Islam, siap peluk-peluk lagi. Hotel Pelican terletak di hujung pekan kecil di Pantai Klong Muang. Lokasi hotel dengan pantai hanya di pisahkan dengan jalanraya sahaja. Memang tenang dan ramai pelancung dari Eropah menentap di sini. Betul bilik kami ada kolam peribadi yang agak besar, konsep apartment dua bilik yang luas dan selesa. Berbaloi sangat bayar USD138 semalam.

Lewat petang perut pun dah berbunyi. Apa lagi masa mencari seefood Krabi yang segar. Diana maklumkan pada kami antara seefood halal yang besar di Krabi adalah Restoran Paknam Seafood. Guna waze Abang pun memandu menuju ke Restoran Paknam di daerah Sai Thai, Mueang, lebih kurang 20 km daripada Hotel. Memang berbaloi memandu sejauh itu sebab makanannya memang sedap dan suasan di tepi sungai menambah sedap makan.

Selesai mengisi perut dengan berbagai menu seafood kami bergerak ke Pantai Ao Nang. Memang meriah Ao Nang ini ada beratus hotel memewah, sederhana mewah dan homestay. Memang meriah di sini ada macam jenis kedai, kelab malam, pusat urut Thai, restoran dan banyak juga kedai-kedai makan halal. Nampak juga masjid besar tersergam tepi jalan dalam pekan Ao Nang. Betul lah majoriti pelancong tertumpu di sini. Kami hanya lalu sebab nak terus pulang, esok ada aktiviti laut lebih lapan jam. Jarak Pantai Ao Nang dengan Pantai Klong Muang lebih kurang 10 KM.

Awal pagi jam 8 am, hari kedua kami sudah bersedia di lobi hotel untuk ke Pulau Phi Phi. Bayaran untuk ke Phi Phi Island adalah 1800 baht seorang tapi Diana bagi harga istimewa 1500 baht dan tambahan 400 baht untuk yuran antarabangsa. Selain daripada pakej Pulau Phi Phi ada lagi 3 pakej iaitu pakej 4 island, snorkeling dan hot spring. Semua pakej harga berbeza-beza. Kami di bawa ke jeti di Pantai Ao Nang, berkumpul bersama-sama pelancung daripada hotel-hotel lain.

Jam 9 am, bot laju yang diisi 35 pelancung dari berbagai negara dengan enjin berkuasa kuda 750 mula membelah laut menuju beberapa destinasi. Sungguh indah pemandangan laut Krabi dengan dihiasi pulau-pulau kecil dan air laut hijau kebiru-biruan, sangat jernih. Lokasi pertama yang kami singgah selama 45 minit adalah Pantai Bamboo. Sangat cantik dan pasirnya sangat halus.

Kemudian kami dibawa ke sebuah kawasan yang dipenuhi pulau-pulau batu kapur. Subhanallah memang sangat cantik, tak mahu tulis banyak tengok gambar dan tonton video kembara Krabi dari kami. Kami di bawa ke gua batu kapur, pantai Maya dan sempat juga snorkeling untuk pertama kali dalam hidup. Di Pantai Maya kami dibenarkan mandi manda, memang seronok. Selepas Pantai Maya kami singgah kejap di Monkey Beach dan terus ke Pulau Phi Phi.

Abang pernah sampai di Pulau Phi Phi pada tahun 1992, tapi sekarang setelah Tsunami banyak sudah berubah, lebih cantik. Di sini kami diberi makan tengahari secara buffet. Di Pulai Phi Phi majoriti penduduk adalah Islam jadi semua buffet yang disediakan adalah halal dan ada logo halal terpampang besar. Surau pun tidak jauh dari jeti dan sangat bersih, ada telekong, ada kain pelekat dan juga jubah. Kami berehat di sini dan buat aktiviti bebas lebih kurang satu jam.

Kami bergerak dari Pulau Phi Phi pada jam 3.30 pm dan sampai  di jeti Pantai Ao Nang pada jam 4,30 pm. Sepanjang perjalanan pergi dan balik untuk pakej Phi Phi Island terasa berada di Syurga dunia, begitu cantik alam ciptaan ALLAH. Sampai bilik apa lagi terjun kolam untuk buang segala pasir dan garam laut yang melekat di badan.

Sebelum Maghrib teman madam urut kali di sebuah pusat urut di Pantai Klong Muang sambil layan sunset yang sangat indah. Tepi pantai ini ada berpuluh gerai dengan berbagai juadah yang sesuai untuk pelancung bukan Islam. Memang meriah. Sebelah malam kami memandu ke Pekan Ao Nang untuk mencuba seafood halal Krabi di Restoran Bamboo yang terletak di Muslim Street Ao Nang, berhampiran dengan Masjid Ao Nang. Ada  berpuluh restoran halal di kawasan ini boleh semak di Makanan Halal di Krabi. Kali ini kami cuba menu lobster segar dan ikan bakar.

Hari ketiga sebelum balik kami berjalan-jalan di Pantai Klong Muang tengok nelayan turunkan ikan. Madam layan urut badan di tempat semalam, katanya urutannya sedap dan harga murah. Kami keluar dari hotel agak awal sebab nak  singgah solat zuhur di Masjid Ao Nang. Selesai  solat kami dipelawa oleh seorang jemaah untuk ke Restoran halalnya iaitu Restoran Seefood A Hud yang tidak jauh daripada masjid. Selesai makan tengahari kami bergerak ke Lapangan terbang, sempat singgah setengah jam di Krabi Outlet Village kira-kira 5 KM dari airport.

Video Kembara Denaihati di Krabi

Alhamdulillah kembara Krabi kami berjalan sangat lancar dan merupakan suatu pengalam indah yang tidak dapat dilupakan. Masih terkenang-kenang keindahan pantai, pulau dan laut Krabi. Ada rezeki pergi lagi. Kepada pembaca sila klik gambar untuk lihat lebih banyak gambar-gambar lain.

Amir Denaihati (follow FB sebab banyak lagi kisah kembara yang menarik)
Founder Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

Denaihati kembara ke Bangkok Thailand

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Denaihati kembara ke Krabi Thailand“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kembara ke Bangkok Thailand.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Ini bukan kali pertama kembara ke Bangkok, kali pertama pada tahun 1999 syarikat hantar untuk belajar sistem kerja di Bumrungrad International Hospital selama seminggu. Selepas itu banyak kali juga Abang menjejaki kaki ke kota Bangkok untuk urusan bisnis dan bercuti. Cuma kali ini pertama kali bercuti di Bangkok bersama isteri dan anak.

Trip kali ini kami menaiki pesawat MAS sebab dapat harga tiket termurah lebih kurang RM620 pergi balik, tempah menggunakan Traveloka. Kami menetap di hotel JW Marriot Bangkok dapat harga istimewa sebab ahli, dekat dengan pusat membeli belah dan dekat dengan station MRT. Nak dapat harga hotel diskaun banyak boleh booking di Hotel Denaihati.

Kali ini semasa pemeriksaan imegresen di Suvarnabhumi International Airport kena tanya macam-macam soalan dan kena tunjuk tiket balik. Mungkin sebab dalam pasport ada banyak visa ke Saudi dan nama pulak macam ala Arab. Itu antara risiko mengembara kepada orang Islam. Jadi paling bagus kita kena sediakan semua dokumen perjalanan pergi balik dan tempahan hotel yang telah dibuat. Ini bukan kali pertama di soal imegresen, pada entri kembara sebelum ini ada Abang kongsi pengalaman kena tahan lebih 45 minit di Macau.

Kami ke hotel yang jarak lebih kurang 50 minit menaiki Airport Limo pada harga 1200 baht, kalau naik teksi lebih kurang  600 baht dan kalau nak cepat bagus naik MRT hanya 150 baht. Abang suka naik teksi di Bangkok sebab khidmatnya sangat baik jauh sangat beza kalau nak dibandingkan dengan teksi di Malaysia. Jangan lupa kalau nak guna broadband internet bagus beli di airport. Di Thailand Abang lebih suka guna telco DTAC pakej 299 baht untuk 4GB seminggu.

Nak jadi rezeki rupanya Dato Hussamuddin, CEO Kumpulan Media Karangkraf juga menetap di hotel JW Marriot. Sempat kami kami mengopi dan sarapan pagi bersama. Hotel JW Marriot ini terletak di Sukhumvit Road kalau di Malaysia kira macam Bukit Bintang tempat pelancong bertumpu sebab ada banyak shopping mall dan dekat dengan Nana street yang banyak makanan halal.

Seronoknya duduk di hotel JW Marriot ini kerana ada makanan halal. Setiap makanan buffet pagi dan malam ada label untuk makanan halal dan tidak halal. Kalau tak nak makan di hotel boleh sahaja makan di restoran Beirut dan Arabesque Restaurant di hadapan hotel yang menyediakan berbagai menu halal yang sedap-sedap.

Hari kedua selepas sarapan pagi kami rancang nak pergi Bangkok Grand Palace and River of Kings Canal Cruise. Trip 2013 Abang pernah naik cruise ini boleh tahan menarik juga. Tapi bila sudah masuk teksi jadi lain pulak kerana terhasut pujukkan pemandu teksi. Kami pergi ke Floating Markets Bangkok di Damnoen Saduak lebih kurang 80 KM dari Bangkok. Ada beberapa pakej selain floating market cruise antaranya menunggang gajah, monkey show dan snake show. Untuk floating markets cruise selama 2 jam tiketnya seorang 1500 baht. Ditebing sungai ada berbagai kedai dengan macam-macam jualan tapi sebab kami datang hari biasa banyak juga kedai yang tutup.

Daripada Damnoen Saduak kami terus ke MBK Shopping Mall sebab nak cari makanan halal dan cuci mata window shopping. Mall ini memang terkenal kepada pelancong dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia. Pasaraya 6 tingkat yang menjual berbagai barang dengan harga yang sangat berpatutan. Nak cari makanan halal ada di tingkat lima dan tingkat enam. Surau pun ada untuk lelaki di tingkat enam dan surau perempuan di tingkat lima.

Hari ketiga sebelum check out hotel sempat kami singgah di Central Embassy Mall, lebih kurang 10 minit berjalan dari hotel. Mall ini menjual produk berjenama seperti Coach, Hermes, Chanel, Gucci dan banyak lagi jenama yang hebat-hebat.

Kami ke Airport awal tiga jam bukan apa trafik di Bangkok tidak boleh dijangka, lebih teruk jemnya berbanding trafik di Kuala Lumpur. Sampai di Airport kami cari restoran halal di Suvarnabhumi Airport Bangkok tetapi rupanya sudah berpindah ke level bawah. Alhamdulillah kembara ke Bangkok walaupun hanya tiga hari berjalan dengan lancar, dapat bawa isteri dan anak melihat bandar Bangkok. Kepada pembaca sila klik gambar untuk lihat lebih banyak gambar-gambar lain.

Video kembara di Floating Markets Bangkok

Kepada yang nak membaca kisah kembara Abang ke berbagai lokasi di berbagai negara melihat keindahan alam ciptaan ALLAH, boleh baca di Kembara Denaihati.

Amir Denaihati (follow FB sebab banyak lagi kisah kembara yang menarik)
Founder Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

Soal jawab solat Jamak masih ramai keliru

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “selamat hari guru jasa mu tidak terhitung“. Kali ini Abang nak berkongi ilmu soal jawab solat jamak untuk kaki travel.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Sebaik sahaja keluar dari Surau Al Ikhlas Bukit Belimbing Balakong, sahabat abang kata “macam silap je Ustaz Ridwan tu, yang lima hari kenapa pulak tak boleh jamak?”

Abang kata ilmu yang Ustaz Ridwan kongsi tentang solat jamak sama dengan apa yang abang faham. Kalau kita sudah niat nak duduk kampung lima hari iaitu dah tahu bila nak balik makanya kita tak boleh jamak, yang boleh jamak masa perjalanan pergi dan balik je.

Sahabat abang merungut lagi, tu yang keliru. kan kita ada masa safar pergi dan balik. Macam lain je ustaz ni ajar. Abang kata itu kalau kita nak balik tiga hari, yang ustaz tu cerita kalau lima hari.

Sahabat tu berlalu sambil berkata “pening, pening, pening”

Sebenarnya ramai lagi yang masih keliru bab solat jamak ni.

solat di new zealand

Berikut sedikit soal jawab solat Jamak yang Abang catat daripada tazkirah Ustaz Ridwan mengikut kefahaman imam Shafie yang beliau faham untuk nota Abang sendiri.

Solat Jamak Qasar takdim dan takhir

  1. Solat Jamak Qasar adalah gabungan dua solat yang dipendekkan apabila cukup syarat dua marhalah. Jarak dua marhalah untuk imam Shafie adalah perjalanan 91 KM atau lebih.
  2. Solat jamak qasar Zuhur dan Asar maksudnya gabungkan dengan dipendekkan kepada dua rakaat untuk kedua-dua solat. Boleh di Jamak Qasar taqdim yang mengabungkan solat zuhur bersama solat asar dan jamak qasar takhir yang mengabungkan solat asar bersama solat zuhur.
  3. Solat jamak qasar Maghrib dan Isyak maksudnya gabungkan dengan dipendekkan kepada dua rakaat untuk solat Isyak dan kekalkan tiga rakaat solat maghrib. Boleh di Jamak Qasar taqdim yang mengabungkan solat maghrib bersama solat isyak dan jamak qasar takhir yang mengabungkan solat isyak bersama solat maghrib.
  4. Untuk solat jamak qasar takhir asar dan zuhur, kita boleh dahulukan solat zuhur kemudian solat asar atau solat asar dahulu kemudian solat zhur.
  5. Untuk solat jamak qasar takhir isyak dan maghrib, kita boleh dahulukan solat maghrib kemudian solat isyak atau solat isyak dahulu kemudian solat maghrib.

Solat Jamak Musafir kurang tiga hari

Kita dibolehkan solat jamak apabila bermusafir kurang daripada tiga hari walaupun kita sudah tahu bila nak balik. Contohnya hari 1 perjalanan, hari 2 musafir, hari 3 musafir, hari 4 musafir dan hari 5 perjalanan balik.

solat fardu di taman Fairlie

Solat Jamak musafir lebih tiga hari apabila sudah ada niat bila nak balik

Kita tidak bolehkan solat jamak apabila bermusafir lebih daripada tiga hari apabila kita sudah tahu bila nak balik. Contohnya hari 1 perjalanan, hari 2 musafir, hari 3 musafir, hari 4 musafir, hari 5 musafir dan hari 6 balik. Kita hanya boleh jamak dalam perjalanan pergi dan dalam perjalanan balik. Kita tidak boleh jamak apabila sudah sampai ke lokasi musafir juga tidak boleh jamak pada hari 2, 3, 4 dan 6.

Niat Jamak Taqdim Empat Rakaat

Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Solat Jamak musafir lebih tiga hari apabila tiada niat bila nak balik

Kita bolehkan solat jamak apabila bermusafir lebih daripada tiga hari dan tidak tahu bila nak balik. Contohnya hari 1 perjalanan, hari 2 musafir, hari 3 musafir, hari 4 musafir, hari 5 musafir, hari 6 musafir dan lagi, lagi tidak tahu bila nak balik mungkin kerana menjaga keluarga sakit atau menunggu arahan bos kerana bekerja di luar kawasan. Kita boleh jamak semua solat sehingga 18 hari. Selepas 18 hari tidak boleh jamak lagi.

Niat Jamak Taqdim Beserta Qasar

Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala

Solat jamak apabila sudah sampai rumah lebih awal

Kita solat jamak taqdim zuhur atau maghrib kerana sudah bermusafir lebih dua marhalah tapi sampai rumah awal sebelum masuk masuk waktu asar atau isyak.  Adakah perlu ulang solat asar atau isyak. Ustaz kata tak perlu sebab kita sudah cukup syarat bermusafir lebih dua marhalah.

Solat jamak tapi berpatah balik

Niat hati nak bermusafir melebihi dua marhalah maka dalam perjalanan belum cukup dua marhalah kita pun solat jamak. Selepas solat terpaksa berpatah balik ke rumah sebab jalan sangat-sangat jem ada kemalangan atau ada sebab-sebab lain. Apa status solat jamak kita. Ustaz kata kena ulang balik kedua-dua solat mengikut waktu yang sebenar apabila sampai rumah.

Jemaah selepas solat jumaat di masjid al aqsa

Solat jamak bersama imam solat biasa

Dalam musafir, kita singgah di Masjid ketika jemaah sedang solat berjemaah. Ramai musafir akan solat sendiri kerana fikir orang berniat jamak tak boleh solat bersama dengan jemaah biasa. Ustaz kata kita boleh solat bersama jemaah biasa dengan niat jamak dan ikut rakaat yang mereka solat kemudian solat yang kedua kita solat sendiri dan qasarkan.

Niat Jamak Takhir Empat Rakaat

Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah

Paling kritikal di surau RnR highway masing-msing solat sendiri dan kekadang ada beberapa jemaah solat serentak asalan niat jamak. Kalau mereka faham sebenarnya tak salah untuk solat bersama yang penting niat kita jangan fikirkan niat imam yang kita ikut.

Solat jamak di kampung

  1. Kita duduk Kuala Lumpur balik kampung contoh di Gemas yang jarak  lebih dua marhalah maka tak ada masalah untuk solat jamak dengan syarat seperti kurang tiga hari atau lebih tiga hari ikut niat.
  2. Kita duduk Kuala Lumpur sudah berniat daripad awal bila pencen nak duduk kampung sebab di KL kos mahal dan sebagainya. Ustaz kata bila balik kampung walaupun sehari, walaupun lebih dua marhalah  tidak boleh jamak sebab kita sudah meniat nak duduk kampung.

Teringat pesan mudir madrasah tahfiz An Nur, anak-anak yang bersekolah dimadrasah walaupun sudah bertahun bila balik rumah tidak boleh jamak kerana rumah adalah tempat bermastautin.

Niat Jamak Takhir Beserta Qasar

Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah

Niat solat jamak takhir

Kita mesti niat solat jamak takhir pada waktu awal waktu untuk layak buat jamak takhir. Kalau tidak ada niat ustaz kata tak boleh jamak takhir dan mesti di qada kan solat tersebut.

Ini antara catatan soal jawab solat jamak  yang Abang faham, kalau ada kekeliruan sila rujuk  ustaz terdekat. Abang memang suka bermusafir jadi kena faham kaedah yang betul solat jamak imam shafie dan bagus juga kalau boleh faham cara imam-imam lain supaya kita tidak keliru. Kepada yang terlepas nak baca kisah kembara sila klik Kembara Denaihati.

Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

Soal jawab solat jamak dan qasar

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak sambung lagi soal jawab solat jamak dan qasar yang masih ramai keliru.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Dalam perjalanan musafir dari Madinah ke Jeddah untuk pulang dari mengerjakan umrah akhir Ramadan kami sekeluarga singgah di sebuah surau di R&R untuk solat jamak takdim maghrib dan isyak.

Ketika kami masuk ke dalam surau ada satu jemaah sedang solat. Sedap bacaan imamnya seperti imam masjidil haram, Sheikh Maher. Ketika Abang menghampiri jemaah yang sedang solat ada seorang pak cik Arab menegur kami dan memberitahu bahawa jemaah tersebut sedang solat jamak isyak tu. Gaya cakapnya seperti melarang kami ikut jemaah tersebut.

Soalannya boleh tak Abang yang nak solat jamak maghrib ikut jemaah solat jamak qasar isyak?

Sebab apa Abang tanya soalan ini kerana selalu jumpa individu dan group di R&R highway di Malaysia yang tak nak join sebab alasannya mereka nak jamak sehingga kekadang ada 3 – 4 group solat jemaah berbeza dalam satu masa.

Berikut antara jawaban yang di terima :

Lyna Noh : Solat tamam tak boleh berimamkan solat jamak.

Naim Shauqy : Silap tu. Boleh. Bismillah Niat dan join Solat. Niat berJamaah itu lebih utama. Islam itu Mudah

Lyna Noh : Oh ya ka. Masa tamrin ritu yang solat tamam tak ikut jemaah dgn yang jamak, mungkin salah faham di situ. TQ tuan.

Zahari Unc : Saya nak ikut berjemaah dan tanya lelaki yang nak jadi imam, tamam ke. Dia jawab jamak kemudian menyambung, “tak apa, pakcik tambah bagi cukup rakaat” . Jadi jemaah tamam boleh ikut Imam Jama’. Kalau jemaah Jama’ tentu tak boleh ikut imam tamam. Wallahualam.

Zaieddi Shahadan : Terbalik kenyataan tu, yang Qasar solat tak boleh ikut yang tamam, yang jamak boleh ikut yang tamam kalau tidak Qasar solat.

Faisal Amirul Othman : Boleh. Solat tamam boleh berimamkan solat sunat atau solat jamak. Solat jamak boleh berimamkan solat sunat. Janji imam, rakaat lebih pendek dari solat jamak. Yang tak boleh, solat jamak atau sunat berimamkan solat tamam. Mohon tegur jika ada salah. Solat kelompok yang banyak itu tanda sombong. Kalau Nabi SAW masih ada, pasti baginda murka. Usaha untuk jemaah kecuali imam beri isyarat tidak boleh (isyarat ni pun ramai yang tak tahu). Wallahu a’lam bissawab.

Encik Pipoq : Tak boleh kalau niat qasar je bila nak ikut imam solat tamam.

solat di new zealand

Mengikut ilmu yang Abang belajar dari ustaz-ustaz.

  1. Jemaah maghrib boleh ikut imam isyak jamak qasar
  2. Jemaah isyak jamak qasar tidak boleh ikut imam jamak maghrib
  3. Jemaah isyak jamak tamam boleh ikut imam jamak atau tamam maghrib, bila selesai imam solat maghrib kita bagun tambah satu rakaat.
  4. Solat berjemaah lebih baik daripada solat sendirian jadi apabila kita sampai di surau atau masjid kelihatan seseorang sedang solat tak kisah solat apa kita boleh ikut melainkan dia jatuhkan tangan tanda tidak mahu berimam.
  5. Di larang dalam satu surau atau masjid mempunyai lebih daripada satu jemaah, teringat ketika Abang solat di Masjid terapung di Jeddah memang ada papan tanda yang menhalang solat lebih daripada satu imam. Berlaku beberapa kejadian apabila ada jemaah yang cuba buat dua jemaah dalam satu waktu telah dilarang oleh penjaga masjid. Di surau R&R Malaysia selalu berlaku sembahyang serentak sehingga tiga empat jemaah. Semua ini berlaku kerana kurang ilmu.

Semuga memberi manafaat dengan mejelasan ini. Kalau kurang faham boleh tanya diruangan komen untuk dirujuk kepada yang pakar.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

Top 10 lokasi percutian paling viral di Facebook Denaihati

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “10 gambar paling viral di Facebook Denaihati“. Kali ini Abang nak berkongi 10 lokasi percutian yang jadi pilihan di Facebook Denaihati.

  1. 10 taman tema menarik di Malaysia
  2. Tempat menarik di Bukit Tinggi Bentong Pahang 
  3. 10 kawasan pelacungan menarik di Perlis
  4. Lost world of Tambun
  5. 10 pantai cantik di Pahang
  6. 10 pantai cantik di Sarawak
  7. Pulau Sibu Mersing
  8. 22 Balai Seni dan Muzium di Kuala Lumpur
  9. Pulau Sipadan Sabah
  10. 9 resort di atas air di Malaysia

Ada banyak lagi lokasi percutian yang sangat menarik yang kami kongsikan di page Denaihati. Nak tengok lebih banyak lokasi percutian paling viral boleh juga klik blog travel kami Kembara Dunia Denaihati. Blog Travel dan page Denaihati sentiasa menjadi rujukkan kepada pengembara untuk mencari lokasi percutian yang menarik di dalam dan luar negara. Tonton juga video travel Denaihati ke pelusuk dunia di Denaihati TV.

Alhamdulillah dengan sokong rakan-rakan follower page Denaihati semakin meningkat dengan perkongsian berita terkini, video, gambar, cerita, resipi dan lokasi percutian yang menarik. Misi kami tetap sama iaitu untuk menjadikan facebook page Denaihai ranking top 10 Malaysia supaya dapat berkongsi resipi kepada lebih ramai follower Malaysia.

Ranking facebook page Denaihati menurun daripada ranking 74 pada tahun 2014 ke no 125 pada bulan Jun 2017. Salah satu sebab penurunan adalah kehilangan beratus follower apabila Facebook membuat pembersihan beberapa bulan lepas. Semasa entri ini ditulis ranking page Denaihati telah meningkat kepada ranking ke 124 FB page paling popular di Malaysia. Nak tahu senarai terkini sila klik top 10 facebook page Malaysia 2017.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Semua ini menandakan page Denaihati sangat aktif dan ini pasti dapat meningkatkan nilai kepada jenama Denaihati. Pengiklan suka kepada facebook page yang aktif sehingga sanggup membayar iklan walaupun harganya mahal. Bagaimana dengan FB page anda?

Nak belajar bagaimana mempunyai FB page yang meletop? Sila klik artikel ini “Teknik superstar berniaga berniaga di Fanpage“. kalau orang lain boleh kenapa kita tidak?

Amir Denaihati
Founder Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

Kecam sekatan Israel di Masjid al-Aqsa

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “pameran artifak Rasulullag SAW “. Kali ini Abang nak kongsi berita sedih regim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Abang sebagai seorang pengembara yang pernah sampai di Masjid ke tiga tersuci untuk umat Islam iaitu Masjid Al Aqsa pasti rasa sangat sedih apabila menerima berita regim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa. Berikut adalah kenyataan rasmi oleh DATUK SERI ABDUL HADI AWANG ialah presiden PAS dan anggota parlimen Marang.

PAS mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim haram Israel yang menutup Masjid al-Aqsa dan menahan Mufti Baitulmaqdis yang merupakan satu tindakan jenayah biadap mereka kepada umat Islam.

Alasan sama juga telah digunakan oleh rejim haram Israel untuk membenarkan tindakan seperti yang berlaku pada 12 Disember 1968 apabila tercetusnya tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa.

Saya menyeru kepada pemimpin dunia Islam dan umat Islam seluruhnya untuk sedar dan bersatu apa juga usaha bagi melawan rejim berkenaan dan sekutunya.

Masjid a-Aqsa dan keselamatan Baitulmaqdis adalah tiang kesatuan umat dan membebaskan ia daripada cengkaman rejim haram Israel dan Zionis mesti menjadi salah satu matlamat utama umat Islam dalam mengharungi percaturan politik dunia.

Saat genting ini sedang berlaku terhadap Masjid al-Aqsa di tengah kekalutan dunia Arab.

Sepatutnya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ketua-ketua negara umat Islam bukan sekadar mengecam tindakan Israel dan Zionis, bahkan mengambil tindakan drastik yang munasabah bagi mengembalikan Masjid al-Aqsa dan tanah hak milik umat Islam.

Sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Kelantan, kita akan membincangkan usul tergempar bagi mengecam tindakan rejim haram Israel ini dan memperkukuhkan kesatuan umat Islam bagi mempertahankan Masjid al-Aqsa dan keamanan dunia.

Ini bukan lagi isu politik tetapi pejuangan lama sejak beribu tahun dahulu untuk mempertahankan Masjid Al Aqsa yang menjadi rebutan regim Israel. Sudah sekian lama umat Islam Palestin dilarang beribadah di Masjid Al Aqsa. Ketika Abang dan keluarga berada di Baitulmuqaddis selama 5 hari dapat melihat bagaimana di setiap pintu pagar masuk ke kawasan masjid akan dikawal oleh askar regim Israel. Hanya umat Islam Israel dan pelawat umat Islam dari negara lain sahaja dibenarkan beribadah di dalam Masjid Al Aqsa.

Kami sempat solat Jumaat di Masjid Al Aqsa. Setiap kali solat Jumaat beratus askar regim Israel bersedia di luar masjid dengan pakain lengkap anti rusuhan. Kami diminta untuk berada dalam masjid selepas solat Jumaat selama 30 minit, bersedia jika berlaku sebarang rusuhan. Khabarnya seminggu sebelum kami sampai telah berlaku  rusuhan selepas solat Jumaat dan askar regim ini telah memasuki masjid dengan kasut untuk menangkap sesiapa sahaja yang mereka rasa terlibat dengan rusuhan.

Mengikut kata mutawif yang membawa kami di bawah Masjid Al-Aqsa, regim Israel telah mengorek lubang besar membina bandar bawah tanah. Ada yang menceritakan mereka mencari Peti Tabut peninggalan Nabi Sulaiman dan kitab Nabi Sulaiman yang boleh menguasai dunia manusia dan dunia ghaib.

Pembaca boleh membaca kisah kembara palestin kami sehingga memasuki jauh ke dalam negara regim Israel pada entri-entri di bawah terutama kepada yang masih keliru antara Masjid Al-Aqsa dengan Dome of the Rock.

TERKINI : Jemaah sudah dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa tetapi tidak boleh menggunakan pembesar suara. Video bilal sedang azan tanpa pembesar suara.

Kita munajat semuga TUHAN pelihara Islam dan Masjid Al Aqsa serta hancurkan regim Israel yang zalim kepada umat dunia

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

Denaihati kembara ke Durban Afrika Selatan

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “kembara Denaihati ke Johannesburg dan Pretoria Afrika Selatan“. Kali ini Abang nak sambung kisah kembara kami ke Durban Afrika Selatan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Lima hari di Johannesburg adalah pengalaman yang menarik. Siapa sangka Denaihati akan sampai Johannesburg dan Pretoria. Tak pernah mimpi.

Holistic Educarion centre Springs Geduld Afrika Selatan

Untuk meneruskan perjalan jauh, kami sewa van daripada syarikat sewa kereta Avis. Tak mudah juga nak dapat van untuk muatkan bagasi dan orang seramai lima orang. Daripada Johannesburg kami bergerak ke Holistic Educarion Centre kepunyaan Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah di Springs Geduld lebih kurang 60 km dari Johannersburg. Kami bermalam semalaman di sini. Sama seperti asrama MTS yang lain bersih dan kemas luar dan dalamnya.

Perjalanan kami seterusnya adalah 600 km menuju ke Durban. Kami memandu bergilir-gilir merentas Afrika Selatan dengan keadaan jalanraya yang baik dan pemandangan sekeliling yang indah. Kami sampai di Hasan Durum Education Centre tengah malam. Hasan Durum Education Centre adalah antara beberapa madrasah di Durban yang diuruskan oleh Madrasah Tahfiz Suleymaniyyah.

Hasan Durum Education Centre Durban

Anak-anak pelajar di Hasan Durum Education Centre

Sepanjang dua hari berada di Durban kami dibawa oleh seorang ustaz Turki ke beberapa tempat menarik di Durban antaranya waterfront yang sangat cantik, natal lion park dan summer camp yang diuruskan oleh MTS.

Durban memang bandar pelancungan yang moden dan ramai pelancung daripada berbagai negara yang bercuti di sini. Banyak penerbang antarabangsa yang membuat penerbangan terus ke Durban. Majoriti penduduk di Durban adalah daripada berkulit putih.

Madrasah baru MTS yang sedang dibina

Kami sempat juga di bawa melawat ke bagunan baru madrasah MTS untuk menampung pemintaan yang tinggi untuk belajar ilmu Islam. Madrasah MTS di Durban seperti juga di Johannesburg dan Spring Geduld menerima pelajar yang bukan Islam yang telah bersetuju untuk belajar ilmu Islam.

Kami di bawa ke Natal Lion Park lebih kurang 15 km dari bandar Durban. Pertama kali dapat melihat Gajah dan Singa pada jarak  yang sangat dekat. Kalau di Zoo Negara atau Zoo Taping hanya tengok dari jauh. Di Durban sebenarnya ada banyak safari-safari kecil sebagai tarikan pelancung. Selain itu ada juga Bird Sanctuary. Tiket untuk masuk ke Natal Lion Park Durban hanya R150 untuk satu kereta tidak lebih tujuh orang atau R220 untuk satu bas.

Jom tengok video kami memandu sendiri memasuki Natal Lion Park.

Selepas bermain-main dengan Singa kami bergerak ke Summer Camp yang diuruskan oleh MTS. Ketika kami sampai pelajar sedang bercuti. Sempatlah buat aqiqah dua ekor kambing dan makan BBQ bersama ustaz-ustaz yang tidak pulang bercuti.

Lokasi summer camp di kawasan tinggi jadi boleh lihat bandar Durban yang cantik. Sepanjang perjalanan menuju ke Summer Camp terdapat banyak rumah-rumah kotak setinggan yang menjadi kediaman kaum kulit hitam. Mereka memang sangat miskin.

Makanan halal di Durban  memang banyak sama seperti di Johannesburg. Sempat juga kami singgah di beberapa restoran halal ketika berada di Durban. Mudah sebab logo halal besar terpampang di pintu restoran yang mempunya status halal.

Banyak lagi tempat menarik di Durban yang tak sempat kami singgah kerana masa terlalu pendek. Ada rezeki Abang akan datang lagi melawat Durban untuk melihat tempat-tempat menarik  yang lain.

Ini video penuh kembara Denaihati di Durban

Perjalanan kami diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu Port Elizabeth lebih kurang 900 km. Perjalanan yang mendebarkan.

Untuk membaca kisah pengembaraan Abang di lebih 20 buah negara sila klik Kembara Denaihati. dan tonton video kemabara Denaihati di Denaihati TV.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Kembara tempat menarik di Langkawi

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “kembara di merata dunia“. Jauh berjalan luas pandangan dan banyak ilham baru akan menjelma. Kali ini nak kongsi kisah kembara kami ke Langkawi.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Jarang-jarang Abang berkongsi kisah kembara di dalam negara bukanlah tak minat tetapi sudah ramai blogger yang menulis. Tapi kali ini Abang akan menulis kisah kembara ke Langkawi. Kenapa? Sebab ini adalah kali pertama menjejaki kaki ke Langkawi setelah berjalan merata dunia. Adik beradik Abang selalu ketawakan kami sebab tak pernah sampai Langkawi lagi. Rupanya ramai lagi kawan-kawan yang belum sampai Langkawi, buktinya apabila Abang buat status di Facebook bertanya siapa lagi yang belum jejak Langkawi, ramai yang beritahu mereka pun belum sampai lagi. Mungkin ada pembaca di sini juga belum sampai Langkawi.

Tempahan Hotel dan Tiket Kapal Terbang ke Langkawi

Kembara ini tidak dirancang, sepatutnya nak ke Trengganu untuk melihat lokasi projek ladang kelulut tetapi Prof Madya Shamsul Bahri outstation ke Kemboja. Cari hotel online di Langkawi mencabar juga sebab nak cari bilik untuk empat orang duduk bersama bukan mudah. Kalau bercuti duduk jauh-jauh pun tak seronok juga. Guna aplikasi traveloka tak dapat yang ada hotel Westine dan hotel Berjaya yang harganya lebih RM3000 satu malam. Akhirnya dapat bilik yang di cari menggunakan aplikasi Agoda, Hotel Ombak Villa yang terletak di Langkawi Lagoon lebih kurang 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Memang berbaloi harga dua bilik bersambung lebih kurang RM600 semalam. Biasanya hotel yang cantik begini paling tidak pun RM650 sebilik untuk satu malam.

Untuk booking tiket kapal terbang kurang daripada 24 jam sebelum penerbangan, Abang suka guna aplikasi Traveloka sebab masih boleh guna kad kredit atau online banking untuk pembayaran. Mungkin bukan peak season harga tiket Air Asia untuk empat orang pergi balik Kuala Lumpur – Langkawi – Kuala Lumpur hanya RM770 sahaja. Tak sampai RM200 seorang untuk pergi balik.

Kereta Sewa di Langkawi

Seperti kembara-kembara yang lain Abang lebih suka memandu sendiri jadi boleh uruskan masa lebih baik. Oleh kerana tidak pernah jejak Langkawi jadi Abang ambil keputusan untuk tempah kereta sewa Langkawi secara online. Daripada carian di Google banyak sangat syarikat yang menyediakan khidmat kereta sewa di Langkawi. Harganya pun murah lebih kurang RM120 – 150 sehari. Abang pilih satu syarikat kereta sewa tempatan tetapi apabila nak buat bayaran perlu wassap wakil syarikat. Setelah menunggu lebih 20 minit tiada balasan wassap maka Abang memilih untuk menggunakan Syarikat sewa kereta antarbangsa Europcar yang menggunaka pembayaran secara online. Abang pilih kereta Produa Alza pada kadar RM380 untuk sewa dua hari dan bayaran insuran perlindungan.

Apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi rupanya ada banyak booth kereta sewa yang bagi harga istimewa sebab pelancung tak ramai. Lain kali boleh booking kereta sewa di airport tak perlu booking online.

Keluar daripada airport wakil Europcar sudah menunggu untuk menyerahkan kereta. Prosedur biasa perlu bagi kad pengenalan, lesen dan tanda tangan surat perjanjian tapi yang kurang gembira apabila perlu verify kad kredit sebanyak RM1,000. Ini kali pertama pengalaman menyewa kereta perlu verify kad kredit sebanyak ini. Biasa kalau syarikat kereta sewa tempatan akan ambil deposit beberapa ratus ringgit sahaja dan pengalaman menyewa masa di luar negara tak pernah ambil deposit sebab mereka sudah ada detail kad kredit jadi kalau ada masalah hanya potong daripada kad kredit.

Makan sedap di Langkawi

Kami sampai di Langkawi lebih kurang jam 3.30 pm. Pastilah perut dah berkeroncong sebab dalam pesawat memang tak pesan makanan. Kawan-kawan sosial media sudah senaraikan berbagai lokasi makan sedap di Langkawi. Oleh kerana perut sudah lapar kami singgah di sebuah kedai makan nasi campur berhampiran dengan hotel. Terkejut bila bayar dengan RM50 kami dapat makan 5 ekor ikan bakar dan berbagai lauk pauk untuk empat orang,memang murah.

Antara restoran dan kedai makan yang kami singgah sepanjang tiga hari di Langkawi adalah :

  1. Restoran Seleran Nelayan – seafood memang segar dan masakannya memang boleh bertambah makan.
  2. Restoran Halim Gulai Panas (GP) – hanya menghidangkan gulai dan goreng seafood sahaja.
  3. Foodcourt di Padang Matsirat
  4. Food Truck Laksa Power ada Laksa, Cendol dan Rojak tepi Airport Langkawi
  5. Gerai Ikan Bakar di Padang Matsirat


Banyak lagi tempat makan sedap di Langkawi yang dicadangkan oleh kawan-kawan tapi tak sempat nak pergi antaranya :
  1. Restoran Kak Yan Nasi Campur di Ulu Melaka
  2. Nasi Dagang Pak Malau di jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar
  3. Restoran Seashell di Laman Padi, Pantai Cenang
  4. Restoran Wan Thai di Pekan Kuah
  5. Restoran Haji Ramli di Pantai Cenang
  6. Restoran Telaga di Pantai Cenang.

Ada rezeki lain kali datang lagi bolehlah menikmati hidangan di restoran yang dicadangkan ini.

Langkawi Islands Hopping

Antara tujuan utama datang ke Langkawi adalah nak menikmati keindahan GeoPark Langkawi. Adakah lebih hebat daripada Krabi Islands Hopping? Nampak dalam online ada syarikat kereta sewa yang offer pakej bersama pada harga sekitar RM40 – 50. Kami beli tiket dengan agen yang ada di lobi hotel Ombak Villa. Ada dua pakej Langkawi Island Hopping

  1. Pakej 1 melawat pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Harga tiket RM70. Masa 4 – 5 jam, bertolak dari lobi hotel jam 8.45 am dan di jangka sampai hotel jam 2 pm.
  2. Pakej 2 melawat hutan bakau, tempat ternakan ikan, makan tengahari di restoran tempat ternakan ikan dan singgah pulau beras basah.

Kami pilih pakej pertama untuk menikmati keindahan pulau Langkawi. Alhamdulillah hujan lebat awal pagi berhenti ketika kami bergerak dari hotel Ombak Villa ke Jeti Teluk Baru. Lebih kurang jam 9.30 am bot yang mengisi 15 orang pelancung mula bergerak menuju Pulau Dayang Bunting. Hampir dengan Pulau Dayang Bunting pembawa bot menunjukkan bukit berbentuk seorang wanita bunting sedang berbaring. Kelihatan jelas bentuk wanita bunting tersebut.

Kami sampai di jeti Pulau Dayang Bunting setelah menaiki bot lebih kurang 20 minit. Keistimewaan Pulau Dayang Bunting adalah Tasik Air Tawar yang terletak lebih kurang 500 meter dari pantai. Untuk masuk pelancung tempatan perlu bayar RM2 dan pelancung luar negara RM6. Di Tasik Air Tawar Dayang Bunting kita boleh mandi, naik bot solar dan berkayak. Kalau nak mandi lebih baik pakai pelampung, sewa hanya RM5 sebab banyak juga kejadian lemas. Katanya kedalaman tasik ini lebih 10 meter dan tak sama dengan berenang di kolam atau laut.

Selepas sejam di Pulau Dayang Bunting kami bergerak lebih kurang 10 minit ke kawasan memberi makan kepada helang. Burung Helang adalah ikon kepada Langkawi. Memang banyak helang yang berebut-rebut nak makan makanan yang dibaling oleh pembawa bot. Lokasi terakhir yang kami tuju adalah Pulau Beras Basah. Di sini kami diberi masa sejam untuk mandi, parasailing dan snokeling.

Kesimpulan islands hopping di Langkawi tidak sehebat islands hopping di Krabi. Khabarnya kalau nak pergi pulau-pulau yang cantik perlu menyewa bot sendiri yang boleh dibuat secara berkumpulan.

Shopping di Langkawi

Tak sempurna pergi Langkawi kalau tak shopping. Ada lebih 30 kedai bebas cukai yang terdapat di Langkawi. Kebanyakkan kedai bebas cukai berada di bandar Kuah dan Pantai Cenang. Coklat dan pinggan mangkuk berjenama antara barang yang menjadi tumpuan pelnacung. Kami sempat singgah di semua kedai bebas cukai di Pantai Cenang dan Brand Outlet di Bandar Kuah berdekatan dengan jeti kuah.

Aktiviti menarik di Langkawi

Banyak lagi aktiviti menarik di Langkawi yang tak sempat kami terokai antaranya

  1. Menaiki cable car ke Gunung Mat Cincang
  2. Mencuba aktiviti lasak di Skytrex Langkawi
  3. Sewa helicopter dan pusing di sekitar pulau
  4. Mandi-manda di Jacuzzi Ayer Hangat Village
  5. Berhibur di 6D Cinemotion
  6. Berkayak di Sungai Kubang Badak
  7. BBQ sunset dinner di atas bot

Tiga hari dua malam memang tak cukup nak bercuti di Langkawi. Insyaa Allah rezeki kami akan datang lagi bersama semua ahli keluarga. Paling penting next visit mesti beli berat kg pesawat yang lebih untuk bawa balik banyak tangkapan shopping di Langkawi.

Kepada rakan-rakan yang belum sampai Langkawi apa lagi jom lah pergi menjelajahi pulau-pulau dan menikmati makanan terutama seafood yang segar.

Nota : Baca juga artikel menarik di bawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

Mengulangi kembara pertama ke Kemboja

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri   “Pengurusan data lebih sistematik dengan blockchain dan smart contracts“. Kali ini Abang nak berkongi kisah kembara ke Kemboja untuk sekian kali bekerjasam dengan Koperasi Muslim Kemboja.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Tarikh 24/1/2010 adalah tarikh keramat yang membawa Abang buat pertama kali menjejaki bumi Kemboja. Semuanya berlaku apabila sahabat bisnis Tuan Hj Khanafi yang ketika itu berada di Mekah sedang mengerjakan haji menelefon memberi tahu niat hati beliau untuk memulakan usaha membantu umat Islam Kemboja. Mungkin ALLAH bagi hidayah kepada beliau untuk memulakan usaha yang ramai orang Malaysia sudah buat. Bermula daripada panggilan telefon tersebut maka gerak kerja bermula. Abang diperkenalkan kepada Tuan Hj Masrukhin yang ketika itu sering berulang alik ke Kemboja menguruskan pembantu rumah. Maka tertubuhlah syarikat eQurban khusus untuk projek Qurban dan Aqiqah di Kemboja.

Kali petama menjejaki bumi Kemboja

Kali pertama Abang ke Kemboja melalui Siem Reap dan terus ke Kampung Cham sehingga ke Stung Treng di sempadan Laos melihat lokasi terbaik menternak lembu untuk qurban dan aqiqah. Daripada Stung Treng kami terus ke Phnom Penh, keseluruhan jarak melebihi 1000 km memakan masa beberapa hari kerana keadaan jalan yang kurang baik. Kami tidak pergi bertiga tetapi ditemani Cikgu Fuad dan Cikgu Hanizan daripada UUM. Dalam perjalan ini juga kami berbincang untuk menubuhkan Koperasi Muslim Kemboja sebagai pengelaras segala bisnis dan bantuan yang akan masuk ke Kemboja. Ketika itu tiada lagi akta koperasi di Kemboja malahan tiada lagi koperasi yang ditubuhkan di sana.

Pengerak utama Kooperasi Muslim Kemboja

Dalam perjalanan yang jauh ini kami singgah di banyak tempat antaranya rumah-rumah ketua komuniti muslim setempat. Setiap kali singgah pasti kami dihidangkan dengan menu istimewa Ikan Toman. Di Malaysia tak pernah makan Ikan Toman jadi pada permulaan agak sukar juga tekak nak terima tetapi lama kelamaan terpaksa terima untuk menghormati tuan rumah.

Koperasi Muslim Kemboja membantu mengembangkan ekonomi umat Islam

Alhamdulillah pada 25/1/2018 untuk sekian kalinya kami ke Kemboja lagi bersama Koperasi Muslim Kemboja. Kali ini untuk meraikan penyerahan Pusat Pembelajaran Al Barkat yang di bina oleh keluarga Hajah Barkat jauh dipendalaman Kampung Cham. Ini bukan projek pertama yang diinfaq oleh keluarga Hajah Barkat Bee kerana sebelum ini sudah beberapa masjid di bina oleh keluarga ini.

Inilah fungsi Koperasi Muslim Kemboja iaitu menguruskan dana-dana yang datang daripada berbagai negara untuk berbagai projek mengikut kehendak pemberi dana. Ada yang ingin membina masjid, ada yang ingin membina sekolah, ada yang ingin membeli tanah, ada yang ingin membina perigi pam, ada yang memberi bantuan pelajaran dan sebagainya. Pemberi infaq bukan sahaja daripada Malaysia malahan ada yang dari Arab Saudi, Kuwait, Singapore, Indonesia, Brunei dan banyak lagi negara-negara lain yang berhati pemurah. Pengurusan Koperasi akan memilih lokasi paling sesuai di seluruh Kemboja dan memastikan setiap projek dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Keluarga besar Hajah Barkat Bee

Selain itu Koperasi juga berperanan menyediakan sekolah-sekolah untuk mendidik anak-anak bukan sahaja fokus kepada pendidikan agama juga ilmu umum bagi melahirkan anak-anak yang bakal menjadi jurutera, doktor, farmasi dan sebagainya. Usaha sama dengan berbagai pusat pengajian tinggi dalam Kemboja dan luar negara iaitu di Malaysia, Indonesia dan Turki telah dibuat untuk memastikan misi pendidikan berjaya.

Penempatan-penempatan baru konsep felda untuk keluarga Islam telah dibina bertujuan untuk mengeluarkan umat Islam daripada masalah kemiskinan. Keluarga Islam miskin yang tinggal di perahu dan rumah rakit sekitar Phnom Penh telah di bawa ke penempatan baru dengan diberi rumah dan tanah untuk mereka kerjakan.

Pengambaran Drama Teratai Kemboja

Sebelum pulang ke Malaysia, sempat singgah ke lokasi pengambaran drama Teratai Kemboja lakunan Dato Adi Putra dan Fasha Sandha. Lokasi pengambaran lebih kurang tiga jam memandu daripada Kampung Cham. Team Koperasi Muslim Kemboja yang membantu team pengambaran drama ini daripada mencari lokasi sehingga proses pengambaran selama seminggu di Kampung Chhnang. Team produksi telah ke Kemboja sebulan sebelum pengambaran untuk berbincang dengan pengurusan Koperasi persediaan teknikal dan dokumentasi. Drama arahan Along Kamaruddin bakal ditayangkan di TV3 pada bulan Ramadan tahun ini. Dapat jugalah Abang berselfie dengan Fasha Sandha dan krew-krew pengambaran yang lain.

Mengulangi kembara pertama ke Kemboja

Perjalan kali ni memang mencabar kerana perlu melalui off road lebih daripada tiga jam. Bas tidak boleh masuk sampai ke lokasi jadi perlukan kenderaan 4×4 untuk mengangkut rombongan lebih 30 orang. Teringat zaman kanak-kanak dulu ketika jalan masih tanah merah apabila nak ke sekolah dan ke bandar. Kami yang lelaki menaiki motor lebih sejam ketika nak keluar bagi mejimatkan waktu. Jom tengok video perjalan kami di pendalaman kemboja untuk bertemu penduduk kampung yang bersemangat nak mengubah kehidupan. Apalah sangat kesusahan kita di Malaysia ini.

Semuga kami istiqomah membantu Kooperasi Muslim Kemboja membangunakan umat Islam di Kemboja.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin ke Kemboja, insyaallah kami sedia membantu.

Abang Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

Cara Memilih Durian Yang Baik

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “10 video dengan lebih 100 juta views”.

Alhamdulillah Page Denaihati sudah berada pada ranking 32 Malaysia dengan lebih 2.7 juta follower. Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Alhamdulillah 2018 banyak betul durian dan harganya pun murah sangat. Ramai yang dulu kempunan nak makan durian kali ini dapat makan sampai pengsan. Bila di tanya pekebun katanya terpaksa jual dengan harga sangat murah sebab ini kali musim besar Durian sehingga ada yang borong sebiji RM2 sahaja. Bila ditanya pada penjual katanya kena turunkan harga sebab Durian banyak sangat. Ni kali musim besar Durian. Bila di tanya pada orang politik katanya Alhamdulillah harga durian turun berkat Pakatan Harapan ambil alih Kerajaan.

Harga Durian di musim besar

Harga Durian Musang King selalunya lebih RM45 se kilo tapi kali ini boleh dapat RM20 sekilo. Durian Udang Merah, Durian 101, D24, D13 dan durian kawin yang lain boleh dapat bawah RM15 sekilo. Durian kampung lebih murah ada yang dapat bawah RM5 sekilo.

Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi kita yang mampu untuk berkongsi sebab walaupun harga murah masih ada yang tak mampu membeli. Walaupun durian sudah melambak terlalu banyak masih ramai yang tak pandai memilih durian yang baik. Ramai juga yang kena tipu dengan penjual durian yang nak abiskan stok yang banyak.

Cara Abang pilih Durian baik mudah je minta penjual buka setiap biji yang dibeli untuk tengok isi. Kalau dia tak nak buka bye bye cari penjual lain. Kita punya duit kita buat pilihan.

Tips Beli Durian Baik

Belum apa-apa penjual tu ambil sebiji dari sekian banyaknya durian atas rak display dia tu.

Diketuk-ketuk. Kalih pula sebelah lain, dia ketuk lagi. Terus takik dua kali. Sambil selak kulit durian, penjual tu tunjuk kat saya isi durian yang dia baru pilih tadi.

Tanpa banyak soal, saya angguk tanda setuju. Lepas timbang dan bagitahu harga, saya seluk poket bagi duit.

‘Isi kuning tebal, rasa lemak manis, dan banyak ulas’

Itulah yang terbayang dalam otak saya masa otw balik. Tapi bila sampai rumah, bayangan tadi hanya tinggal bayangan.

Banyak kali juga saya beli durian, tapi selalu kena tipu. Paling mahal, rm50 sebiji tapi isi dalam hareyy.

Isi lembik. Rasa tawar. Paling hampeh pernah kena yang masam. Sampai tahap dah givap nak beli durian. Beli mahal-mahal, tak sempat masuk perut, masuk tong sampah dulu.

Sampai lah satu hari tu aku google tips nak pilih durian.

Ajaibnya, hampir kesemua durian yang saya beli guna tips tu menjadi. Rasa macam tak percaya. Saya cuba apply tips tu berkali-kali. Resultnya sama.

Nah, saya akan kongsikan 10 tips untuk memilih durian. Saya berani jamin tips ni buat korang puas hati.

1. Bentuk bulat. Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian. Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai. Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Saya selalu tekan dengan kuku untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi. Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri. Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau. Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring. Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit. Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna. Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim. Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Harap korang boleh guna tips ni untuk pilih durian nanti. Dah masuk musim dah ni.

Ye la. Beli durian ni, yang penting puas hati. Mahal sikit pun takde hal. Asal kena dengan harga.

Azlan Noor
Pilih, beli dan makan durian

Sumber : FB page Durian Malaysia

Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara Denaihati ke merata dunia”. Kali ini nak kongsi pengalaman kembara ke Amsterdam 2018. Ini bukan kali pertama Abang sampai di sini kali pertama pada tahun 2015 kisahnya boleh baca pada entri “Kembara Denaihati ke Amsterdam 2015“.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Kembara kali ini kerana Abang nak join Digital Marketing World Forum (DMWF) yang dianjurkan di Kota Amsterdam untuk menambah ilmu Digital Marketing yang sudah berkarat. Kali ini Abang datang bersama isteri dan anak sulong yang baru tamat belajar di UKM. Dari KL kami terbang dengan Emirates transit tiga jam di Dubai sebelum terbang terus ke Airports Schiphol. Dari Airport Schiphol kami naik teksi rasmi ke Apartment Eric Vekol dengan kadar Euro 60.

Eric Vokel Boutique Apartment Amsterdam

Dua tiga hari juga mencari homestay atau hotel yang sesuai untuk kami bertiga dan dekat dewan seminar DMWF. Akhirnya Eric Vokel Boutique Apartments yang paling sesuai. Aparment ini bersebelahan Amsterdam Centraal mudah nak bergerak sebab ada perkhidmatan keretapi tempatan, kereta laju, feri, bas, teksi dan tram.

Harga apartment dua bilik ini lebih kurang RM800 semalam setelah diskaun 40%. Nak dapat diskuan book je online guna je sistem tempahan yang ada di sidebar kanan entri ini atau di Booking.com. Lagi awal booking lagi murah.

Digital Marketing World Forum (DMWF)

Seminar selama dua hari pada 19 – 22/9/2018 di Beurs van Berlage Amsterdam di bahagi kepada dua sessi iaitu :

  1. Data, Distruptive Tech & UX
  2. Content & Sosial Media Marketing

Pengisian seminar selama dua hari telah membuka minda untuk arah tuju bisnis untuk tahun 2019. Ada rezeki nanti Abang buat entri khas kongsi ilmu-ilmu yang dipelajari dari DMWF itu pun kalau ada yang berminat.

Gambar-gambar menarik di Amsterdam

Walaupun ini kali kedua menjejaki kaki ke Amsterdam tetapi rasanya baru pertama kali. Setiap hari kami habiskan masa berjalan berjalan dan berjalan menyelusuri bagunan-bagunan cantik dan terusan di sekitar kota lama ini. Nak shopping memang best sangat sebab banyak sangat kedai menjual berbagai jenis jenama yang murah, sederhana dan mahal.

Antara tempat menarik di Amsterdam yang menjadi tumpuan pelancung seluruh dunia adalah :

  1. Madam Tussads
  2. Ripley’s Believe it or not
  3. Body Worlds
  4. Van Gogh Museum
  5. Amsterdam Museum
  6. Moco Museum
  7. Martime Museum
  8. Rijks Museum

Antara pakej pelancungan menarik apabila datang ke Amsterdam

  1. Lawatan ke Countryside dan Windmills
  2. Lawatan ke Giethoorn
  3. Canal Cruise

Canal Cruise di Amsterdam

Kali pertama datang pada tahun 2015 kami naik Canal Cruise waktu siang jadi kali ini kami nak melihat keindahan Bandar Amsterdam dengan Cruise di waktu malam. Perjalanan menyelusuri terusan Amsterdam selama sejam memerhati kehidupan malam warga kota Asmterdam suatu pengalaman yang menarik. Cantik dengan lampu-lampu yang menyala di bagunan serta pinggir terusan yang ada berbagai aktiviti. Ramai juga yang menyewa khas untuk makan malam di atas cruise bersama pasangan dan ada juga secara berkumpulan.

Lawatan ke Giethoorn

Ramai kawan-kawan yang mencadangkan kami pergi ke Giethoorn perkampungan lama wujud sejak tahun 1230 yang sangat cantik. Bila survey kat Google memanglah sangat cantik perkampungan Geithoorn ini. Nak ke sini boleh naik keretapi, bas atau kereta sewa juga boleh guna tour guide. Perjalanan ke sini lebih kurang dua jam setengah.

Kami buat keputusan untuk naik keretapi setelah bertanya pada manager di Apartment Eric Vokel. Tiket harga Euro 39 seorang dari Amsterdam Centraal platform 5 ke stesen terdekat Ssteenwijk dan kemudian naik bas no 270 ke Geithoorn lebih kurang 20 minit. Untuk sampai ke Stesen Ssteenwijk mesti kena turun di stesen Utrecht untuk tukar keretapi lain di platform 12.

Sibuk melihat keindahan sekeliling dan berbual anak beranak selepas sejam terlajak dari stesen Utrecht baru kami tersedar. Kami turun di stesen Sittard untuk kembali semula ke Stesen Utrecht. Oleh kerana masa sudah terlalu lewat dan cuaca yang tidak berapa mesra, angin kuat dan hujan lebat maka kami batalkan niat ke Giethoorn dan kembali semula ke Amsterdam. Jumlah jam perjalanan kami lebih kurang empat jam setengah pergi dan balik. Ada rezeki lain kali kami akan jejaki perkampungan Giethoorn.

Restoran Halal di Amsterdam

Makan halal di Amsterdam memang tak ada masalah. Berbagai jenis makan halal yang kita boleh pilih samada makanan segera, pizza, makanan Malaysia, makanan Indonesia, makanan tukri, makanan India dan sebagainya. Cara mudah nak mencari lokasi makanan halal adalah menggunakan aplikasi Zabiha.

Harga makanan boleh tahan mahal tetapi bila dah lapar harga jadi no dua yang penting perut berisi untuk sambung berjalan keliling Amsterdam.

Amsterdam Bandar Basikal

Sana sini orang berbasikal ada gadis berpakain cantik, ada eksekutif berpakian formal, ada anak-anak muda berpakain sukan, ada orang tua, ada basikal tiga tayar, ada basikal lama dan ada basikal baru. Budaya berbasikal di Amsterdam sudah berakar umbi sehingga menjadi industri yang besar.

Ada yang kata kerana cuacanya sesuai tetapi di sini bila musim panas lebih panas dari Malaysia, bila sejuk terus membeku terusan, bila hujan tak berhenti-henti tapi tetap mereka berbasikal. Kereta tidak menjadi keutamaan dalam hidup mereka. Bila sudah ada budaya maka segala infrastuktur seperti tempat parkir basikal, jalan khas basikal dan trafik light basikal yang bina akan digunakan dengan baik.

Selain menunggang basikal ramai penduduk Amsterdam menggunakan kereta kecil kerana jalan yang kecil dan sempit. Majoriti naik kenderaan umum seperti bas dan tram.

Shopping di Amsterdam

Banyak tempat shopping di Amsterdam tapi tak sempat nak pergi semua sebab kesuntukan masa. Yang sempat kami pergi antaranya berjalan sejauh 5 km di The Haarlemmerdijk iaitu kedai-kedai menjual berbagai jenama pakaian berhampiran dengan Amsterdam Centraal.

Sempat juga kami cuci mata di pasaraya mewah De Bijenkorf yang menjual barangan berjenama mewah seperti Hermes,Louis Vuitton, Coach, Boss dan sebagainya. Di hadapan De Bijenkorf ada pasaraya Primark yang menjadi tumpuan ramai kerana harganya memang mampu milik.

Antara kawasan shopping di Amsterdam yang menjadi tumpuan pelancung adalah :

  1. The Nine Streets (De Negen Straatjes)
  2. The P.C. Hooftstraat (kawasan shopping paling eksklusif di Amsterdam)
  3. The Kalverstraat and Leidsestraat
  4. The Beethovenstraat
  5. Outlet mall Batavia Stad Amsterdam

Kawasan Lampu Merah Amsterdam

Red Light District sudah menjadi ikon buat Amsterdam. Katanya belum sah menjejak ibu kota Belanda bila belum ke tempat ini. Red Light ialah kawasan prostitusi seperti Doli di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia. Berderet perempuan dengan tubuh yang seksi berdiri untuk memikat calon konsumen. Di kawasan ini pula, para pengunjung dapat dengan mudah menghirup asap ganja dan membeli produk berasas ganja. Itu karena membeli dan mengambil daun ganja tidak menjadi kesalahan di sini.

Kedai-kedai menjual produk ganja seperti cookies, muffin, minyak ganja dan alat-alat seks sangat banyak di kawasan ini jadi memang tidak sesuai untuk membawa anak-anak di bawah umur. Selain itu, disini terdapat beberapa museum antaranya Erotic Museum, Sex Museum dan Prostitution Museum.

Akan bersambung …

Cerita kembara dakwah ke negara-negara di Afrika

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara Denaihati ke merata dunia”. Kali ini nak kongsi pengalaman Tuan Hj Mohd Amin mengembara ke Afrika. Abang pun pernah juga ke Afrika Selatan jom baca entri “Kembara ke Afrika Selatan“. Tuan Hj Amin pernah kongsikan gambar pokok yang Rasulullah SAW berteduh ketika beliau ziarah Jordan dalam entri “Gambar pokok Rasulullah SAW berteduh” yang dapat lebih 180 ribu share.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Alhamdulilah perjalanan ke Afrika ini satu pengalaman yang tak boleh di beli dengan duit berapa juta pun..ni aku belanja lah sikit foto-foto yang sempat snap di sana..

Sekarang aku di Tanzania..ni bukan le negara pertama yang aku masuk meeh aku cerita sikit perjalanan aku ke Afrika.. memula aku ke South Afrika transit di Mauritius memang cantik pulau nya…di Afrika Selatan kita lalu jalan darat dari Durban ke Johannesburg. Pemandangan hamparan bumi yang luas 500km yang tidak membosankan.

Lepas tu aku ke Botswana pulak ..dari Gabrone ibu negara Botswana kami lalu jalan darat ke Kasane kira-kira jarak 1200km melalui gurun Kalahari yang korang selalu tengok dalam film (god must be crazy) tengok le macamana rupanya gajah afrika yg besar zirafah antelop dan lain-lain binatang yang korang tengok dalam kartun madagascar tu.

Singgah le kat Mowana resort.. mowana adalah poko besar yang dalam kartun madagscar tu lastik kapal terbang.. pokok besar yang boleh berusia ratusan tahun.. singgah di Chobe River tengok bintang liar macam buaya dan hypo yang berlambak-lambak dalam sungai kalau berani letak le tangan..

Sungai Chobe ni sempadan dengan Namibia… esok tu masuk Namibia dan terus ke Zimbabwe tengok Air Terjun Victoria yang memang cantik..sempat aku ride helicopter untuk melihat pemandangan air terjun ciptaan Allah yg menakjubkan…turun dari heli jalan-jalan sekitar air terjun yang panjangnya sekitar 2 – 3 km dan kedalamannya 150-200m

Panjang le aku nak cerita ..yang pasti ini semu berkat buat dakwah… kalau tak buat dakwah aku akan jadi orang biasa yang cuma bergerak rumah ke pejabat ke tandas ke pasar dan ke masjid sesekali lepas tu mati… hidup tak trill best lagi jadi ayam.. mati jadi tanah..sedangkan manusia mati Allah akan tanya semua nikmat yang Allah bagi… bukan je berjalan tu yang penting tapi kita fikir macamana nak jumpa saudara saudara Islam kita kerana Allah.. bawak kalimah ke seluruh dunia… baru lah kita mati penuh bergaya dan ada seni..

Doakan le aku Allah bagi taufik dan hidayat untuk terus dengan kerja ni sampai nafas terakhir…

Setelah selesai Mozambique, South Afrika, Botswana, Namibia dan Zimbabwe sekarang aku berpeluang ke Uganda, Kenya dan Tanzania.. syukur aku kepada Allah ni semua berkah doa mak abah, kiyai-kiyai, ulama dan ustaz dan tak lupa doa dari isteri yang solehah…

Bye c u in klia esok…insyallah kalau umur panjang
Bye the way aku cerita ni bukan ada niat nak riak ke apa cuma aku nak cerita beruntungnya orang yang libatkan diri dengan dakwah… jom keluar 3 hari

Hj Mohd Amin Hassan (jom follow FB)
Pendakwah Dunia

Kembara tempat menarik di London 2018

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Ini bukan kali pertama Abang sampai di Amsterdam kali pertama pada tahun 2015 kisahnya boleh baca pada entri “Kembara Denaihati ke Amsterdam 2015“.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Dari Amsterdam kami meneruskan kembara kami ke Kota London menaiki British Airways. Ketika booking tiket tak terfikir nak periksa berat bagasi sebab fikir British Airways mesti macam Malaysia Airlines atau Singapore Airlines atau Garuda atau KLM yang automatik ada bagasi. Bila check in baru tahu tak ada bagasi jadi kenalah bayar mahal untuk bawa bagasi kami. Ilmu baru yang mahal harganya untuk kaki travel yang malas nak check in online.

Airport di London

Bila dah sampai terminal 5 Heathrow Airports terasa silap pulak ambik British Airways ni sebab orang ramai sangat kat Airports ini. Berjamlah kami nak lepaskan imigresen. Selain London Heathrow (LHR) ada beberapa lagi airport di London iaitu Lutton Airport (LTN), Gatwick Airport (LGW)Stansted Airport (STN), City Airport (LCY) dan Southend Airport (SEN). Abang pernah landing di City Airport dan Gatwick Airport memang cepat prosesnya sebab tak berapa ramai dan airport tak berapa besar.

Keluar dari London Heathrow kami disambut dengan hujan yang tak berhenti-henti. Dengan cuaca yang tak berapa mesra dan bagasi yang besar pilihan terbaik untuk ke Apartment adalah menaiki teksi. Teksi official banyak hanya perlu pergi ke hentian teksi mengikut signboard yang disediakan, Apartment terletak di Oxford Streets yang telah di booking awal menggunakan aplikasi Agoda dapatlah harga diskaun. Pemandu teksi muslim Pakistan sangat membantu. Dia hubungi tuan Apartment untuk mengetahui lokasi yang tepat. Oleh kerana cuaca tak berapa bagus dan waktu orang sibuk balik dari pejabat jadi kos teksi yang menggunakan meter agak mahal iaitu 85 pound.

Kalau tak nak naik teksi sebab mahal boleh naik keretapi lagi murah tapi kena rajin angkat beg untuk bertukar-tukar line. Dari airport naik keretapi ke stesen Paddington kemudian bertukar line ikut lokasi hotel atau apartment yang kita booking. Boleh juga naik bas kalau tak nak naik teksi dan keretapi.

Homestay di London

Sampai di lokasi Aparment wakil homestay telah menunggu kami. Central London Home terletak di Bangunan di  Gilbert Streets. Berhari-hari mencari Apartmet yang sesuai untuk dua bilik dan lokasi baik. Terima kasih pada kekawan Malaysia dan London yang bagi berbagai cadangan. Last sekali kami book apartment Central London Home. Hasilnya kami dapat Apartment tingkat dua tak ada lift tapi tangga besar, dua bilik tidur, ada dapur, ada ruang famili besar, ada mesin basuh, ada peti ais, ada oven dan micro wave, bilik air super besar.

Jarak Apartmet dengan Oxford streets lebih kurang 70 meter, ke stesen underground Bond Streets lebih kurang 50 meter. Bawah Apartmet ada McD, Starbucks, Pret Manger, Phamarcy dan cafe Simit Sarayi yang 100% halal. Kalau nak jalan pergi Edgware Road yang banyak makan halal hanya 1 km. Kiosk halal Cafe Zeynah lebih kurang 200 meter. Owner Apartmet orang Arab dan ada WiFi.

Pada minggu kedua di London kami menetap di homestay di Bayswater, apartment satu bilik harga lebih kurang RM500 semalam. Tak jauh dari Malaysia Hall hanya selang satu jalan sahaja jadi hari-hari sebelum memulakan perjalanan kami makan tengahari di sini.

Di London banyak sangat homestay, harga ikut lokasi. Lokasi yang sibuk seperti Oxford Street, Edgware Road dan Bayswater harganya lebih mahal. Kepada sahabat-sahabat yang nak dapat homestay murah boleh PM fb Amir Hassan insyaallah Abang ada kenalan yang boleh bantu. Orang Malaysia juga yang sudah menetap lama di sana.

Oxford Street kawasan membeli belah

Ramai kawan-kawan cadangkan kalau bercuti di London stay di kawasan Bayswater sebab banyak makanan halal, dekat dengan Malaysia Hall dan ramai orang Malaysia stay sini. Ini kali ketiga Abang datang ke London jadi niat hati nak stay lama sikit supaya boleh pusing-pusing sekitar London. Untuk itu Abang cari homestay yang dekat dengan Oxford Street. Kalau di Malaysia kawasan ini lebih kurang Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancung dalam dan luar negara. Nak jumpa orang Malaysia kat sinilah ramai. Sempat kami jumpa Dato Adi Putra dan Dato Zainal Abidin yang juga bercuti di London sebelum ke Italy.

Kiri kanan jalan ada macam-macam kedai dan pasaraya. Paling mewah mall Selfridges dan paling murah mall Primark baju boleh dapat serendah £4. Selain itu ada Kedai khas Unicqlo, Zara, Topshop, Next, JD, Sport Direct, Nike, Adidas dan macam-macam lagi. Oxford Street dikira dari Marble Arch sehingga Tottenham court road kalau nak berjalan lengohlah kaki tapi boleh juga naik tube ada empat stesen iaitu Marble Arch, Bond Streets, Oxford Circus dan Tottenham Court Road.

Hati-hati disini juga ada ramai penyeluk saku. Abang terkena seluk sehari sebelum balik dalam mall mewah Selfridges hilang wallet couch yang berisi pasport, sekeping kad kredit, dua keping debit kad dan tiga keping atm kad, lesen memandu, duit tunai USD, RM, Euro dan Pound, cincin silver bertahta batu Jabal Nur hadiah dari adik, pen Mount Blanc dengan nama sendiri hadiah insentif jualan sejuta beberapa tahun lepas dan card holder hermes hadiah dari seorang sahabat.

Pusing-pusing Kota London tengok tempat menarik

Untuk review tempat menarik di Lonodn mudah je, naik je bus hop on London yang akan bawa kita kesemua tempat menarik di London. Ada beberapa syarikat bas yang menyediakan bus hop on London dengan laluan hampir sama. Kami pilih Big Bus yang mempunyai tiga line merah, biru dan hijau serta boleh naik London Cruise. Seronoknya naik bus hop on off ni kita boleh turun di mana-mana lokasi menarik kemudian naik balik bas yang lain untuk pergi ke destinasi lain. Selain tu ada penerangan berbagai bahasa ketika kita melalui lokasi menarik di London. Istimewanya London berbanding Kotaraya lain ada pemandu pelancung yang bercerita secara lansung di atas bas.

Tiket bas ada berbagai pakej, ada yang sehari, dua hari dan tiga hari. Lagi banyak hari lagi murah. Nak lebih murah beli tiket secara online di Big Bus Tour. Antara lokasi menarik yang boleh kita singgah adalah Buckingham Palace, Piccadilly Circus, Tower Bridge, Cola-cola London Eye, Big Ben, Tower of London dan banyak lagi bagunan bersejarah.

Bila dah faham geografi Kota London baru mudah nak berjalan sendiri samada naik teksi, tube atau bas. Nak mudah beli je kad Oyster yang boleh digunakan di semua pengangkutan umum di London. Paling jauh kami sampai naik tube adalah Tooting Broadway bertemu sahabat yang isterinya orang Malaysia.

Makanan Halal di London

Kepada yang pertma kali pergi ke London jangan risau tentang makanan halal sebab terlalu banyak restoran halal di London cuma kalau nak mudah cari hotel atau homestay yang dekat dengan kawasan yang banyak makanan halal seperti di Bayswater dan Edgware Road. Kat dua-dua tempat ini ada berbelas restoran halal. Nak makanan masakan Malaysia boleh pergi ke restoran Melur di Edgware Road atau Makaysia Hall di Bayswater. Boleh tengok gambar-gambar restoran halal klik je Restoran Halal di Edgware Road.

Restoran Melur London dan tukar milik dulu owner Cina yang diuruskan oleh orang Melayu tapi sekarang Pak Awie sudah ambil alih. Sebelum ini beliau urus kantin di Malaysia Hall. Kepada kawan-kawan yang nak pergi Malaysia Hall naik je tube ke stetsen Queensway, dari stesen berjalan kaki lebih kurang 1 km, tak lah jauh sangat atau boleh naik teksi.

Pesan Abang satu je bila nak makan jangan pulak nak banding-banding dengan harga kat Malaysia takut nanti kelaparan tak makan. Salah satu cara nak cari restoran halal adalah dengan menggunakan aplikasi Zabihah cuma kena bahagian nota jenis halal apa. Pada bahagian nota ada diterangkan samada ada logo halal, kata-kata pelanggan, kata-kata staff dan sebagainya. Kami biasa pilih yang ada logo sahaja.

Bicester Village

Majoriti pelancung yang datang ke London akan singgah ke outlet Bicester Village yang terletak lebih kurang 90 KM menghala ke Oxford. Nak kesini boleh naik terksi, bas, kereta sewa atau keretapi. Kami memilih naik tube dari Bond Street ke stesen keretapi Marylebone. Ada dua stesen keretapi di Bicester satu stesen Bicester Village sebelah je outlet Biscester Village dan satu lagi stesen Bicester North. Stesen Bicester North agak jauh tapi disediakan shuttle bas berulang alik sehingga jam 9.45 pm yang perlu beli tiket.

Kali pertama kami naik keretapi sehingga ke Banbury kemudian pusing balik ke Bicester North. Kali kedua kami naik keretapi sehingga ke Oxford kemudian pusing balik ke stesen Bicester Village. Saja berjalan melihat keindahan luar London.

Kalau tak silap ada lebih 100 kedai berbagai jenama di outlet Bicester Village yang memberikan diskaun sehingga 80%. Antara jenama yang ada di sini adalah Coach, Furlan, MK, Gucci, Chanel, Zara, Zagna, Jimmy Choo, Longchamp, Tumi dan macam-macam lagi. Setiap kedai ada diskaun berbeza pada waktu berbeza.

Kepada pengunjung Muslim jangan risau sebab surau yang cantik disediakan, nak makan makanan halal pergi je gerai Manja di bahagian tengah ada kebab dan nasi. Outlet Bicester Village ditutup pada jam 9 pm.

Masjid di Kota London

Ada banyak masjid di London ni, nak tahu boleh guna aplikasi maps atau guna aplikasi Zabihah siap bagi tahu jarak dah jenis masjid samada sunei atau syiah. Kami pilih untuk solat Jumaat di London Central Mosque. Dari apartment turun ke Stesen Bond Street terus ke Stesen Baker Street. Dari stesen Baker street menapak lebih kurang 600 meter di Park Road. Masjid ni tak jauh dari Stesen keretapi Marylebone. Trip London 2015 dulu pun solat fardu dan solat Jumaat di sini.
 
Masjid penuh sehingga melempak keluar. Khutbah pertama dalam bahasa arab dan khutbah kedua dalam bahasa Inggeris. Lepas solat Jumaat ada solat jenazah. Ada restoran dalam masjid ni. Kami take away beryani ayam, tandoori ayam dan nasi kambing

Sampai juga Stadium Emirates

Pembaca blog Denaihati pasti tau Abang antara Arsenal Fan. Sebelum menulis blog tak ada team bola feberet pun. Pilih Arsenal sebab suka filosofi bisnis bola sebagai bisnis yang dibawa oleh Arsene Wenger. Bisnis itu keuntungan bukan sekadar kemasyhuran.
Setelah beberapa kali sampai ke London ini kali pertama menjejaki kaki ke Emirates. Best juga tengok Carabao Cup sebab harapan nak tengok Arsenal menang lebih besar, tiket lebih murah jadi kami pilih tempat duduk VIP yang ada lounge, dapat diskaun shopping kat Arsenal Store dan boleh lawan stadium serta museum. Baca pengalaman kami di entri sampai juga Stadium Emirates.
Lain macam semangat tengok game dalam stadium ni. Ada juga banner khas untuk Arsenal Fan Malaysia. Balik sesak 1 km nak masuk stesen Highbury tapi puas hati.

Kembara London 2018 tak akan dilupakan

Hajat hati nak duduk lama di London jadi kenyataan apabila Abang hilang pasport. 13 hari di London berjalan paling sikit 5 KM sehari setiap hari turun naik teksi dan tube satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan. Berjumpa ramai kawan-kawan baru yang memberi berbagai nasihat kembara menambah ilmu kembara dan peluang bisnis yang ada di London.

Terima kasih kepada pegawai-pegawai imigresen yang sangat membantu sehingga tercetaknya pasport pertama di pejabat baru Kedutaan Malaysia. Mereka berusaha membantu walaupun pejabat masih kelam kabut.

Kami balik Malaysia naik emirates melalui terminal 4 heathrow. Pesanan masyarakat kalau nak claim VAT mesti kena datang awal sebab ramai sangat yang beratur nak buat claim. Paling tidak empat jam awal baru selesa.

Jom baca kisah kembara kami yang lain di bawah ni.

Pengalaman hilang pasport di London

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi pengalaman hilang dokumen perjalanan ketika kembara di London.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Terima kasih kepada semua doa dan sokongan dari sahabat-sahabat yang mengetahui kisah kehilangan wallet di London. Peristiwa berlaku sehari sebelum pulang ke Malaysia pada 28/9/2018, kira last shopping lah ni. Wallet di seluk dari dalam beg sandang di dalam mall Selfridges di Oxford Street. Kami syak seorang wanita yang dengan sengaja melanggar Abang ketika turun dengan eskalator. Antara barangan yang hilang selain wallet coach ialah sekeping pasport, sekeping kad kredit, dua keping kad debit, tiga keping kad atm, sebentuk cincin bertahta batu jabal nur hadiah seorang sahabat, sebatang pen mont blanc dengan nama sendiri hadiah insentif jualan melebih satu juta beberapa tahun lepas, card holder hermes hadiah sahabat, lesen memandu, duit tunai USD, Euro, Pound dan RM.

Kejadian berlaku sangat pantas dan hanya disedari ketika nak bayar barang-barang yang di shopping. Panik juga apabila sedar tapi cepat-cepat tenangkan diri terus ke kaunter perkihmatan pelanggan Selfridges. Pegawai di customer service membantu buat panggilan ke bank-bank yang terlibat untuk block semua kad yang hilang. Pegawai pelanggan Selfridges juga memaklumkan supaya Abang buat laporan polis untuk buat gantian pasport yang hilang. Dia tunjukkan beberapa balai polis yang dekat dengan Oxford Streets.

Dengan bantuan Dato Adi Putra, seorang teman di London, Tuan Zuhair yang rapat dengan Ketua Imigresen di Kedutaan Malaysia telah bantu untuk menghubungi pejabat Kedutaan. Beliau juga bagi link online untuk buat laporan polis secara online tanpa perlu pergi ke balai polis. Laporan kehilangan secara online boleh di buat di ReportMyloss.

Kebetulan pada petang yang sama pejabat kedutaan ditutup untuk berpindah ke ofis yang baru, jadi semua sistem off. Untuk dapat pasport sementara perlu tunggu sehingga 3/10/2018 iaitu hari Selasa. Kami kena tunggu lima hari lagi untuk menguruskan dokumen perjalanan. Apartment dan jadual penerbang mesti diuruskan segera. Nak extend apartment yang sedang duduk sekarang tak boleh sebab dah ada penyewa baru jadi kami minta bantuan kenalan lain untuk dapat apartment baru di kawasan Bayswater. Alhamdulillah tiket Emirates dapat dijadualkan semula dari penerbangan hari Sabtu ke hari Rabu tapi kena bayar harga beza tiket.

Tips keselamatan ketika mengembara

Nak kata silap pencopet tak juga sebab mereka sentiasa mencari peluang. Kesilapan diri sendiri yg agak terlalai sebab over excited nak balik. Mungkin niat nak stay lama di London yang berulang-ulang dikatakan diperkenan dengan cara berbeza. Selalunya antara langkah-langkah keselamatan yang dibuat ketika bermusafir di negara luar adalah :

  1. Tidak letak pasport dalam wallet jadi kalau hilang wallet pasport masih ada.
  2. Bawa dua wallet satu untuk isi duit yang digunakan dan satu lagi wallet untuk isi duit USD sebagai standby.
  3. Hanya membawa 2 – 3 keping kad kredit dan debit kad sahaja.

Dah lebih tujuh tahun jadi pengembara aktif ini kali pertama kehilangan wallet bersama pasport. Kejadian itu berlaku akibat kesilapan sendiri juga. Semasa di level perempuan mall Selfridges, isteri beli seluar harga 36 pound. Oleh sebab harga 36 pound maka Abang keluarkan duit tunai tak nak gunakan kad kredit sebab jumlahnya sedikit. Awek kaunter tu lambat sangat pulak uruskan customer di hadapan kami jadi kami ambil keputusan untuk turun ke bahagian lelaki tingkat bawah. Isteri pulangkan kembali duit tunai dan Abang terus masukan ke dalam poket jaket. Mungkin semasa Abang keluarkan duit tunai ditempat awam maka si pencopet itu memerhati dan bertindak selepas itu.

Apabila sedar wallet hilang duit tunai yang ada pada tangan Abang hanya 20 pound yang isteri pulangkan tadi. Ketika itu semua kad bank sudah hilang bersama wallet tersebut. Apartment perlu ditambah 5 hari lagi sebab pejabat kedutaan hanya akan buka pada hari Selesa dan tiket kapal terbang perlu dijadualkan semula kepada hari Rabu pasti semua ini kena bayaran. Tenangkan fikiran untuk uruskan semua ni.

Insuran Travel

Pegawai customer service di Selfridges yang bantu namanya Rubby seorang African Europe. Sangat membantu. Soalan pertama beliau – ada travel Insuran ke? Kalau ada travel Insuran beritahu je pada syarikat Insuran tersebut diaorg akan uruskan semua A – Z bersama duit poket yang sepatutnya. Travel Insuran ada berbagai pakej dan tak mahal mana pun. Boleh beli untuk setahun atau untuk setiap kali travel. Mesti ramai tak tahu hal travel Insuran ni kan.

Pejabat High Com Malaysia di London yang baru

Sebenar ini bukan pejabat yang baru. Setahun setengah berpindah dari sini untuk proses renovasi. Bermula 1/10/2018 pejabat yang siap di renovasi dibuka semula. Kat sini ada pejabat imigresen jadi boleh buat real pasport kalau terhilang tapi ambil masa 4 – 5 hari kalau tak silap dan perlu bayar 41 pound untuk satu pasport. Rezeki sebab pasport gantian Abang siap dalam tempoh sehari ketika pejabat sedang kelam kabut menyusun semula perabut dan peralatan yang dibawa dari pejabat yang lama. Untuk info lebih tentang kedutaan Malaysia London boleh klik High Comission of Malaysia, London.

Boleh juga renew pasport tapi kurang pasti berapa lama. Untuk pejabat yang baru ini alhamdulillah tercatat rekod pasport pertama yang di keluarkan adalah pasport Amir Hassan dengan no istimewa. Terima kasih team Kedutaan dan Imigresen yang sangat ringan tangan membantu. Kisahnya ramai juga yang marah-marah pada pegawai Kedutaan dan Imigresen apabila pasport dan duit mereka hilang.

Alamat :  52 Bedford Row London WC1R 4LR

Telephone: +4420 7242 4308 (General)
Fax: +4420 7404 2523
Emailmwlondon@kln.gov.my

Hari Bekerja :
General Office: Mon-Fri: 9:00am -5:00pm
Consular: Mon-Thu: 9.15am-12.00pm (submission); 3.30pm-4.00pm (collection); Fri by appointments
Public Holidays: Saturday, Sunday & Public Holiday

Apa yang perlu dilakukan apabila hilang pasport

Paling penting apabila hilang dokumen ketika mengembara di negara orang JANGAN PANIK. Pertama yang perlu dilakukan hubungi syarikat insuran bagi yang membeli insuran travel, kalau tak ada insuran travel buat panggilan ke bank untuk block kad kredit dan debit kad. Kalau tak ada no bank boleh je google pasti ada. Redha dengan ujian yang ALLAH beri pasti ada jalan dan hikmahnya. Jangan marah pada rakan atau keluarga yang ikut bersama juga jangan marah pada pegawai kedutaan. Kita buat baik insyaalah ramai yang akan membantu.

Wan NuraihanSaya pernah mengalami kecurian purse masa di luar negara sebelum balik Malaysia. Cuma hp je ada dalam poket. Saya boleh relate sangat dengan kisah Tn Hj. Semoga Allah menggantikan untuk Tuan sekeluarga dengan yang lebih baik. Amin. Saya dulu semua duit kena kebas. Dengan passport sekali. Mujurlah ada kakak angkat bagi sedikit duit 50 genih masa tu. Sedih pulak bila ingat balik kisah ini.

Saiyid Jalaluddin : Fuh, leceh tu. Saya pernah hilang dokumen2 penting sekali dulu kat Korea. Mahal weh pengalaman tu

Amir Hassan : Memang mahal bukan sahaja pengalaman juga kos sebab nak kena tambah hari, makan dan jadual balik tiket pesawat

Jutaan terima kasih kepada semua yang membantu antaranya Dato Adi Putra, Dato Muhammad, En Zuhair, En Azhar bos imigresen, Tuan Mohd Salleh, Tuan Hj Asari dan semua yang mendoakan dan membantu secara lansung dan tak lansung. Insyaallah ada hikmah disebalik ujian ini. Popular juga hilang pasport di London ni sebab ramai orang Malaysia yang sudah duduk lama di sana tahu cerita kami hilang pasport ni. Bila jumpa semua bagi semangat dan doa.

Terima kasih ALLAH kerana menguji hamba Mu yang kerdil ini. Jangan lupa baca kisah kembara kami di “Kembara tempat menarik di London 2018“.


Pengalaman mistik mendaki gunung yang tidak dapat dilupakan

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi pengalaman panjat gunung yang tak boleh dilupakan.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Seronok baca kisah sahabat Abang, tuan Iskandar Z. Hasan sesat ketika panjat gunung Ledang selama tiga hari sampai taubat tak nak panjat lagi.

Memori sesat dalam hutan Gunung Ledang. Akhirnya syor aku diterima pada mesyuarat malam kedua.
Menggunakan radio sebagai KOMPAS. Siaran FM di kaki Gunung Ledang memang TIADA GELOMBANG. Kena guna MW. Mesyuarat itu adalah sunnah dan setiap sunnah nabi s.a.w ada kejayaan dunia akhirat – Iskandar Z. Hasan.

Seumur hidup Abang ada dua pengalaman mendaki Gunung. Pengalaman pertama pada usia 15 tahun mendaki Gunung Lambak setelah tamat peperiksaan SRP ketika belajar di Sekolah Sains Johor Kluang. Gunung Lambak dengan ketinggian 1670 kaki terletak tidak jauh dari Bandar Kluang Johor. Pertama kali dapat panjat gunung memang seronok tapi sedihnya ketika panjat gunung tu Abah datang ziarah dari kampung jadi tak dapat jumpa. Abah tinggalkan rendang ayam pada kawan sebilik.

Pengalaman kedua mendaki Gunung Ledang semasa tahun pertama belajar di UKM. Gunung Ledang dengan ketinggian 4186 kaki terletak di sempadan Johor dan Melaka. Kami panjat melalui laluan Asahan Melaka. Sebelum panjat kena lapor diri di Balai Polis terdekat, ini memang prosedur wajib sebelum panjat gunung. Memanjat Gunung Ledang lebih mencabar dari Gunung Lambak. Kami bermalam di kaki Gunung sebelum mendaki sebab ada waktu yang sesuai untuk mulakan pendakian bukan suka-suka hati boleh panjat. Kalau tidak ikut aturan itu yang boleh sesat dan kekadang boleh sebabkan kemalangan.

Pengalaman paling best panjat Gunung Ledang. Kalau kita biasa dengar cerita-cerita mistik dengan Gunung Ledang memang betul. Macam-macam benda mistik yang kami jumpa ketika memanjat Gunung Ledang tapi tak lah sampai jumpa Puteri Gunung Ledang. Gunung Ledang memang terkenal dengan legendanya.

Masa tahun tiga UKM ada rancangan panjat Gunung Tahan tapi sebab komitment belajar maka Abang tak dapat ikut kawan-kawan memanjat Gunung Tahan. Rugi juga rasanya.

Kamaruzaman PadalilahSaya sempat daki dua gunung masa join kelab mendaki gunung selangor.  Gunung Datuk dengan Gunung Angsi di Negeri Sembilan. Ada sejarah yang takkan dilupakan seumur hidup. Tapi tak boleh citer malu.

Iskandar Z. HasanMemang ada sedikit mistik ketika kami enam orang sesat di Gunung Ledang. Tetapi tak begitu ketara atau tak begitu jelas kemistikan. Seperti dengar ayam dan itik yang banyak seolah ada kampung dalam hutan tu. Bunyi riuh ayam dan itik sayup-sayup. Kami tak mengendahkannya walau salah seorsng kami memgeluarkan pendapat nak mintak bantuan daripada orang kampung tu katanya. Saya sound dia – bapak kau tu bomoh tapi kau anaknya tak faham-faham. Sesekali kami azan. Setiap seorang mengingatkan zikirkan dan baca tasbihat. Sungguh banyak jeram air terjun yang cantik-cantik. Malah ada jeram dah hampir mati sebab air sedikit saja yang mengalir.

Nor Ariffin HamzahGunung Ledang pernah daki masa study kat Tangkak. Gunung lain yang pernah daki Gunung Jerai dan Gunung Tahan.

Khir KhalidPaling tak lupa, naik Gunung Pulai lebih 10 kali berbasikal selama 2 jam dari Pontian zaman sekolah dan pernah kena halau sebab tak apply report camping kat balai. Gunung Ledang sekali je dan basecamp Gunung Bromo, tapi ada yang kena ganguan dan meracau-racau.

Normala Binti TajuddinSaya. Gunung Tahan dan Gunung Kinabalu.

Siti Hajar Masran : Yang seram masa trip rentas Transtitiwangsa. Yang gunung lain Alhamdulillah dilindungi matanya. Murung jugak bila penat-penat hiking, nampak macam-macam, tak bole tidur sepanjang dalam hutan enam hari tu

Azuraa RahmanMount Shosha, himeji. Tak nampak jalan nak turun. Kena ikut dengan gagak. Buka surah yassin dari hp. Baca sama-sama gagak hilang terus nampak orang untuk sama-sama turun.

Siapa kat sini ada pengalaman panjat gunung seperti kami?

10 fakta tentang Gua Hira Jabal Nur MAKKAH

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Non muslim tak boleh masuk MAKKAH”. Kali ini nak kongsi tulisan ustaz Lutfi Lokman. Abang kenal beliau secara online masa beliau belajar di Makkah. Pernah sekali buat temu janji nak jumpa di Madinah tetapi tak ada rezeki nak jumpa akhirnya jumpa kat Malaysia setelah ustaz tamat belajar. Tulisan beliau di Facebook Lutfi Lokman memang selalu viral, tak rugi untuk follow.

Kali ini Abang nak kongsi catatan Ustaz berkenaan Gua Hira di Jabal Nur Makkah. Ramai jemaah umrah dan jemaah haji yang berusaha nak bersolat dalam Gua Hira.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Kebanyakan daripada kita ketika mengerjakan umrah, pasti akan menziarahi tempat-tempat bersejarah ketika program lawatan yang telah disediakan oleh pihak travel agensi.

Kalau tak ada, hang kena tanya travel agensi hang pasal apa tak ada.

Antara tempat yang kita akan pergi, adalah Gua Hira’.

Gua Hira’ ini terletak di sebuah bukit (jabal) yang bernama Bukit Nur yang memberi maksud bukit cahaya.

Tahukah anda,

1. Jabal Nur terletak kira-kira 4.8km dari Masjidilharam.

2. Untuk menaiki Jabal Nur, anda perlu mendaki selama lebih kurang sejam dari kaki bukit.

3. Gua Hira’, tidak terletak di puncak bukit. Ia terletak kira-kira 5 meter dari puncak. Anda perlu turun ke bawah melalui jalan yang curam untuk menuju ke Gua Hira’.

4. Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW diturunkan di sini. Mengikut pendapat ulama, surah Al -Alaq ayat 1-5 disampaikan oleh Malaikat Jibrail AS kepada Baginda.

5. Nabi Muhammad SAW sebelum ‘kenabian’ telah pun mengunjungi Gua Hira’ ini untuk beruzlah dan menjauhi pemuda puak musyrikin Makkah yang lain.

6. Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun ketika dilantik menjadi Nabi.

7. Bukit ini terletak di Syaraye’ di mana ia adalah jalan menuju ke Ji’ranah dan juga Taif.

8. Dari puncak bukit, anda akan dapat melihat tepat ke arah Masjidilharam.

9. Terdapat penjual warga Pakistan yang menjual minuman sejuk seperti Pepsi, Coke, Mirinda, dan juga teh panas di atas puncak bukit. Ada juga peti ais di atas sana. Entah macam mana depa pikul peti aku pun tak tergambar di fikiran.

10. Tinggi Bukit ini adalah kira-kira 634 meter.

Banyak lagi gambar-gambar Gua Hira dan Jabal Nur yang gambar ini dirakam oleh Ustaz Lutfi Lokman ketika belajar di sana. Keterangan ada pada setiap gambar. Nak tengok klik Gambar Gua Hira.

Ustaz Lutfi Lokman
Bekas pelajar Umm Al Qura University, Makkah dan pernah bermastautin di sana selama 9 tahun.
EPL TRAVEL AND TOURS

Beberapa cara scammer pelancong Malaysia di London

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Pasangan Melayu bercerai sebab remeh temeh”. Kali ini nak kongsi isu panas yang sedang berlaku pada ramai pelancong Malaysia di London.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Berkat hilang pasport di London dapat bertemu ramai kawan baru. Mereka berkongsi beberapa cara scam yang pelancong Malaysia kena kat London. Semua kisah ini diceritakan oleh sahabat Malaysia yang stay lama kat sana antaranya Abang Hamdi, Hj Asari bos London Homestay dan Pak Awie bos Restoran Melur.

Cara Scammer di London

1. Beberapa orang menyamar sebagai polis tanpa lencana. Akan periksa dokumen kita masa itu diaorg akan songlap sebahagian duit kita selalunya duit £. Kebanyakkan yang buat kerja ini berbangsa Arab.

2. Diaorg naik kereta tahan kita, buka peta konon sesat jalan. Lepas tu kata tak ada duit minta tolong 50£ sebagai balasan dia bagi jaket murah. Orang kita cepat cair jadi ramai yang beri.

3. Bawa anak minta sedekah. Bila kita dah bagi sikit dia akan minta banyak lagi dengan berbagai alasan. Orang kita cepat cair jadi ramai yang beri.

4. Masa kita berjalan ada dua tiga orang buat-buat langgar kita masa tu diaorg pick pocket.

5. Kalau tiba-tiba terserempak seseorang atau sekumpulan dari arah bertentangan (biasanya lelaki) mesra semacam tak pasal-pasal ajak menari ala-ala lepas menjaringkan gol, AWAS!!! JANGAN dilayan!! pick pocket tu bang

Teksi London

Kalau ada lagi cara diorang scam kongsikan kat ruang komen.

Fardila Watz Osman : Saya kena yang number dua macam orang arab tapi yang bestnyer dia cakap jacket tu brand Giorgio Armani. Fuhh berpeluh gak nak melayan at last dia belah sebab tak nak jacket dia.

Daie Rahmat Amat : Saya kena no dua di Makkah, waktu pergi Umrah tahun lepas. Pak arab jugak yang datang dari area Egypt.

Abang Hamdi : semalam sembang dengan manager hotel terkemuka (bagi org malaysia) di kota London, dia cakap almost hari-hari ada mangsa scammer di area Basywater/Queensway/Lancaster Gate/ Paddington. Menyamar jadi polis, pastu mengepaw!! semalam ada 2 kes, melayang cash £1000 dan satu lagi kes €200. So, take care tuan-tuan dan puan-puan.

Alhamdulillah apabila kita megembara ke negara orang banyak belajar ilmu baru seperti ilmu kehidupan dan ilmu bisnis. Ujian hilang pasport menajamkan lagi skill komunikasi dan membesarkan lagi jaringan persahabatan. Semua ini dapatkan kayakan lagi pengalaman.

Betulah kata abang senior UKM Dato Roslan Ab Hamid untuk dapatkan banyak idea kena:

1. Banyak baca buku dan tonton filem
2. Tonton Ted Talk atau Ted Ed.
3. Kunjungi tempat baru. Kembara lihat dunia.
4. Cari hobi baru. Kenal orang baru.
5. Berjalan laju – exercise pada waktu pagi

Sepanjang kembara kali ini setiap hari kami berjalan paling sedikit lima km setiap hari, amalan ni nak kena istiqomah balik ni.

Beberapa seminar dalam dan luar negara serta kembara luar negara akan dilakukan sebelum 31/12/2018 untuk menarik magnet idea-idea baru bisnis 2019.

Kepada semua yang datang bercuti di UK/London, berhati-hati lah ya. Ada bermacam-macam taktikal scammer yang sedang berkeliaran mencari peluang yang terhidang. Moga-moga tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang percutian serta menjadi percutian yang terindah sepanjang hayat..

Jom sebarkan kebaikkan dan cegah kemungkaran

if u cant do the little things right,
you’ll never be able to do the big things right

Denaihati Network

Pengalaman jadi speaker digital di IAIN Batusangkar Indonesia

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri-entri blog ini antaranya entri  “Anak-anak pasti suka apabila ibu bapa buat begini ketika cuti panjang“. Kali ini Abang nak berkongsi pengalaman menjadi speaker di seminar antarabangsa bisnis online di Institut Agama Islam Negeri Batusangkar, Padang, Indonesia.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Hampir setahun yang lalu pada 24/12/2017 Abang telah dijemput untuk berkongsi ilmu menjana pendapatan dengan blog kepada lebih 500 mahasiswa Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batusangkar. Lamaran telah dibuat beberapa bulan sebelum itu oleh rakan blogger dari Pontianak, Dwi Wahyudi yang pernah bergabung dalam Majlis Sepetang Bersama Blogger 2017. Peluang berdiri di atas pentas di Indonesia adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Padang tempat yang sangat cantik untuk dilawati. Ini kali ke empat Abang menjejaki kaki ke bumi Padang. Pernah sekali Abang singgah di Padang, Solok dan Bukit Tinggi ketika bermusafir memandu Suzuki Jimny Malaysia dari Bengkulu ke Pekanbaru. Abang datang lagi setahun kemudian untuk bercuti selama dua minggu di Padang Panjang dan Bukit Tinggi. 2017 Abang datang dengan keluarga.

Kami mendarat dengan Airasia di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada jam 8.00 am, 23/12/2017. Sahabat lama Bapak Handriansyah sudah menunggu kami. Dari Bandara International Minangkabau kami terus dibawa melawat beberapa lokasi menarik di Padang antaranya Pantai Air Manis yang terkenal dengan kisah Malim Kundang, Jambatan Siti Nurbaya dan Pantai Padang.

Selepas melawat tiga lokasi ini kami bergerak ke Hotel Emersia di Batu Sangkar, jarak lebih kurang 101 km. Perjalanan ke Batu Sangkar memang cantik dengan memandangan sawah padi dilereng bukit. Sempat kami singgah bergambar di Air Terjun Lembah Anai yang terletak tepi jalan menuju ke Bukittinggi. Kami singgah makan di rumah makan padang di Kota Padang Panjang. Kota Padang Panjang ada tempat kelahiran Buya Hamka, ilmuan yang sangat terkenal di Indonesia. Perjalanan bertambah cantik terutama apabila melalui jalan yang di kiri Gunung Marapi dan di kanan Gunung Singgalang. Kedua-dua ini gunung berapi yang masih aktif.

Alhamdulillah sessi perkongsian ilmu digital berjalan sangat lancar. Bukan sahaja terkejut dengan sambutan beratus pelajar dan pensyarah malahan paling indah dapat berkenalan dengan ramai insan-insan hebat dari berbagai bidang antaranya Pak Anas pakar SEO dari Jakarta dan anak muda hebat Edo Pratama.

Dari Batu Sangkar kami meneruskan perjalanan melalui jalan darat lebih kurang 230 km ke Pekanbaru Riau melalui jalan kelok sembilan yang menjadi ikon Bukitinggi. Perjalanan lebih enam jam memang mencabar melalui jalan pinggir banjaran dan tebing sungai yang airnya mengalir deras.

Suatu pengembaraan yang tidak akan dapat dilupakan,

8 bandar paling cantik di dunia 2018

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang sedang dalam mood bercuti sekarang. Ada yang bercuti membawa keluarga kerana pada masa hujung tahun adalah waktu cuti sekolah yang panjang di Malaysia.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Tidak kira di dalam atau di luar negara, pastinya kita teringin untuk melawat tempat yang menarik dan cantik. Berikut adalah 7 bandar yang paling cantik di dunia pada tahun 2018.

8. Prague

Prague adalah ibukota Republik Czech. Bandar ini terkenal dengan banyak tempat dan perayaan yang menarik. Bandar ini menempatkan kompleks istana terbesar di dunia menurut Guinness Book of Records. Istana ini terletak di 70,000 meter persegi dan mengandungi sebilangan besar bangunan termasuk St Vitus Cathedral dan beberapa gereja serta muzium. Ia juga menempatkan istana presiden.

7. Edinburgh

Ibukota Scotland ini mempunyai ruang luar yang terbaik daripada kebanyakan bandar besar. Bersantai di Holyrood Park atau berjalan-jalan di sepanjang Water of Leith Walkway. Pekan baru Edinburgh dianggap sebagai sebahagian daripada tapak Warisan Dunia UNESCO.

Bandar ini memegang perayaan terbesar di dunia dan 2017 menandakan ulang tahun ke 70 perayaan antarabangsa mereka. Ini adalah bandar yang mengilhami dunia ajaib Harry Potter.

6. Amsterdam

Lawatan ke Amsterdam membuatkan anda berasa seperti berada di rumah. Kumpulan pelbagai orang hidup harmoni di bandar ini. Membeli-belah di sini adalah syurga bagi pelancong dan ia adalah satu-satunya bandar yang mempunyai pasaran bunga terapung.

Ia mempunyai ‘perahu ajaib’ sejak bandar ini mengapung di 165 jalan air yang menghubungkan 90 pulau yang dihubungkan dengan 1,281 jambatan. Pada waktu malam, jambatan kelihatan seperti cerita dongeng dengan lampu-lampu kecil menyala di sekelilingnya. 

5. Kyoto

Kyoto memberi anda banyak sebab untuk melawat seperti kuil-kuil yang bersejarah dan kuil berwarna-warni. Ia adalah rumah kepada lebih daripada 1,600 kuil Buddha bersejarah yang banyak yang akan kembali selama lebih dari satu milenium. Jika nak melihat yang paling terkenal, lawatilah Higashiyama.

Di sini anda akan dapati kuil tertua di seluruh Jepun. Ia juga mempunyai lebih daripada 400 bait suci yang didedikasikan untuk agama kuno negara. Koleksi Tapak Warisan Dunia UNESCO terbesar di dunia terdapat di sini. 

4. Florence

Florence penuh dengan gereja-gereja, seni, dan patung-patung di setiap sudut. Pemandangan yang paling menakjubkan ialah Duomo-Santa Maria del Fiore. Ini adalah gereja keempat terbesar di dunia, dan pemandangannya yang menakjubkan dapat dilihat dari banyak bumbung.

Jangan lupa untuk naik tangga Piazzale Michelangelo dan nikmati pemandangan bandar dari sana. Berjalan melintasi jalan sempit di Old Town dan mengambil beberapa gambar yang cantik atau masuk ke sebuah kafe. 

3. Rome

Rom terkenal dengan air pancut yang indah. Anda juga akan menemui air mancur terkenal di dunia di sini (The Trevi Fountain). Apabila ia datang kepada makanan, anda hanya akan mencari pizza Rom. Anda juga perlu rasa spaghetti di sini.

Rom mempunyai sejarah, seni, seni bina, dan runtuhan yang kaya. Bandar ini mempunyai konsentrasi seni dan monumen yang paling tinggi daripada tempat lain. Pastikan anda mendapat gambaran lukisan Michelangelo di Sistine Chapel dan semua patung terkenalnya.

2. Budapest

Ibukota Hungary ini kaya dengan senibina dan seni. Antara tanda tempatnya ialah Four Seasons Gresham Palace dan Postal Savings Bank. Makanan di Budapest juga lazat dan unik.

Bandar ini menyajikan makanan yang paling lazat dari kafe mereka yang banyak. Memandangkan tiada bangunan dibenarkan berdiri lebih tinggi daripada 96m, anda boleh melihat pemandangan latar langit yang jelas. Bandar ini dijuluki bandar spa untuk mandian panas yang mempunyai sifat penyembuhan.

1. Venice

Anda mungkin melihat ini dalam filem dan siri sebagai bandar purba yang menarik ramai pengunjung. Pertama sekali anda akan menyukai Venice kerana lagun yang indah di mana ia berdiri. Pada satu ketika, ini adalah salah satu daripada bandar yang paling ramai penduduk di Eropah dengan populasi seramai 60,000 orang.

Kepulauan 118 yang indah di mana bandar itu dibina menjadikannya tarikan yang menarik untuk orang dari pelbagai bahagian dunia. Seni bina yang sangat terkenal di bandar dan seni memastikan ia menerima sekurang-kurangnya 60, 000 pelancong setiap hari.

Mana satu pilihan anda untuk lawati bandar-bandar yang cantik ini? Mungkin boleh rancang untuk ke sana pada tahun 2019 nanti.

Viewing all 117 articles
Browse latest View live