Quantcast
Channel: Travelog | Denaihati
Viewing all articles
Browse latest Browse all 117

Travel bukan hanya nak seronok-seronok

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sepanjang #kembaraafrikaselatan ramai juga kenalan baru yang follow mungkin ada minat yang sama suka travel.

Setakat ini Abang sudah bermusafir ke Indonesia, Singapore, Thailand, Brunei, Cambodia, Hong Kong, China, Macau, Korea Selatan, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, UAE, Qatar, Jordan, Palestin, Israel, Mesir, Turki, German, Czech Republic, Austria, Italy, England, Perancis, Netherlands, Belgium, South Africa, Seychelles, Mauritius.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Minat mengembara bermula apabila perkongsi kisah Kembara di blog Denaihati.com mendapat maklum balas yang baik.

Insyaallah jika diizinkan ALLAH, nak menjejaki lebih banyak negara terutama di Amerika Selatan dan negara-negara Balkan. Travel bukan nak seronok-seronok tapi mendidik kita menjadi manusia.

Betul kata sifu Khairul Hakimin Muhammad, Travel mengajar kita merendah diri dan bertanggung jawab selain mensyukuri nikmat ALLAH.

Tenang-tenang sahaja kawan-kawan, jika tak dapat travel ke luar negara, jalan-jalan di dalam negara sendiri pun okey juga.

Tak usah malu-malu. Apabila lihat ada orang lain dapat mengembara jauh-jauh, baca dan fahami apa yang mereka lalui. Banyak-banyak berharap dan berdoa, kemudian beli tiket.

Langkah pertama itu yang akan jadikan langkah-langkah lain terhasil. Rileks, setiap orang masanya berbeza. Berniat dan berusaha itu adalah perkara yang kita perlu berbuat.

Berjalan, mengembara, travel semuanya jadikan kita lebih banyak merendah diri, lebih besar tanggungjawab dalam bercakap dan bersembang hal budaya, hal manusia dan hal keTuhanan.

Mungkin sebab itu berdoa dalam musafir ini Allah makbulkan. Kerana banyaknya benda yang dituntut semasa dalam perjalanan. Bukan sekadar nak huha huha, ia banyak benda yang kena dipelajari termasuk hal-hal menundukkan hati sendiri.

Dan biasanya orang-orang yang travel sama ada di tempatnya sendiri atau di luar, ketenangannya itu selalu luar biasa.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Masa kalian juga akan sampai.

Apabila sampai sahaja di Knysna Heads melihat pemandangan yang lebih cantik dari koleksi gambar-gambar ini, hati sangat tersentuh betapa indahnya dunia ciptaan ALLAH patutlah ALLAH suruh kita berjalan keliling dunia.

Travel bukan setakat tengok tempat-tempat cantik tapi perlu angkat beg, perlu basuh pinggan, perlu bayar di kaunter, perlu memandu kereta, perlu pilih tempat yang nak di lawati, perlu jadi imam, perlu patuh dengan keputusan mesyuarat. Semua ni mudah nak tulis tapi perlukan hati yang rendah dan sifat tanggungjawab untuk melakukan.

Sebab tu Rasulullah bersabda kita tak akan kenal sahabat kita selagi belum bermusafir bersama. Nak kenal bakal menantu pun bagus bawa musafir sebab bila dah berjalan berhari-hari tiada topeng kehidupan melainkan semuanya benar. Boleh baca tips mencari menantu yang baik.

Kembara juga pembuka pintu rezeki, jadi jangan tunggu duit banyak baru nak mengembara. Macam bisnis kena ada modal sikit untuk dapat lebih banyak rezeki.

Doakan musafir kami dipermudahkan.

Denaihati.com
Travel Blogger
Kembara ditaja Abuain Cookies

#traveldh #kembaradh #kembaraafrikaselatandh #3bujang3
Like l Share l Komen


Viewing all articles
Browse latest Browse all 117

Trending Articles